8.7.09

Masjid Besi Bercahaya

Akhirnya, setelah hampir dua tahun dalam pembinaan, masjid besi bergemerlapan dengan cahaya lampu. Kebetulan aku dalam perjalanan balik di awal senja dengan telefon di telinga menjawab panggilan rakan.



Dalam rancak berbual (Aku jenis tidak mahu beri alasan untuk letak telefon kalau orang yang menelefon tidak berbuat demikian. Aku akan tunggu hingga orang yang menelefon memohon berhenti.), aku berhentikan kereta di tepi jalan dan keluarkan kamera. Aku letak kamera di atas bumbung kereta (sudah pasti aku tidak boleh rakam gambar yang baik dengan sebelah tangan saja), aku rakam seberapa banyak gambar yang boleh.

Hasilnya kurang menarik kerana sudutnya kurang menarik. Tetapi cukup untuk kali ini, sekadar aku sempat rakam suasananya.

No comments:

Post a Comment