5.7.09

Kerana Seorang Diri

Jam di laptop menunjukkan hampir 4.00 pagi. Aku masih belum tidur. Aku terpandang gitar di hujung tilam.


Bila cuma lampu tidur yang meneranginya, ia nampak cool. Betul cool. Aku rasa cool bila ada sebuah gitar elektrik bersama amplifier di dalam bilik walaupun aku tidak tahu bermain gitar tersebut.

Siang tadi aku setkan tone di Roland Micro Cube dengan full gain dan bersama efek lain untuk mendapatkan bunyi gitar elektrik rock yang selalu kita dengar. Teruja. Serius. Walau hanya untuk seketika itu. Aku harap aku tahu lebih dari hanya note A. :-)

Bila orang tanya kenapa beli gitar elektrik, jawapan aku mudah. Aku mahu aku sedar aku habiskan duit yang banyak untuk sebuah gitar dan aku perlu sekurang-kurangnya boleh memainkan satu lagu darinya. Aku tidak mahu bazirkan duit hanya untuk aku abaikan gitar itu tanpa diguna. Itu adalah cabarannya.

Sama seperti membeli sebuah laptop berharga RM3000 yang baru beberapa hari beli, keyboard huruf O sudah pun hampir tertanggal. Kenapa aku sanggup bayar RM3000 untuk sebuah laptop? Alasan aku mudah; supaya aku boleh jalankan Adobe Photoshop atau Adobe InDesign atau apa saja perisian berat. Value for money.

Sama seperti membeli Sony Ericsson G705 setelah hanya beberapa minggu membeli Sony Ericsson C305. Bukan kerana C305 sebuah telefon cikai tanpa apa-apa kemudahan terkini. Kerana aku tahu aku perlukan sebuah GPS, WIFI dan program kalendar yang bagus (untuk tujuan kerja) dan G705 adalah berpatutan dan sesuai untuk aku. Kalau aku mahu lebih daripada itu, lebih baik aku dapatkan sebuah PDA. Namun buat masa ini, tidak perlu.

Aku bukan jenis manusia yang beli benda sesuka hati. Aku pilih betul-betul. Belek penuh teliti sebelum membelinya. Sebab itu apabila aku pergi membeli sesuatu, aku tidak akan ajak sesiapa bersama. Mereka pasti akan letih mengikut aku ke sana ke mari hanya untuk aku membuat perbandingan.

Ada masanya apa yang aku perolehi itu tidak berbaloi dengan hasilnya. Ada yang amat berbaloi. Kamera Canon 400D contohnya. Amat berbaloi dan amat berharga. Kalaulah ada yang mahu berikan hadiah, aku mahu peralatan kamera. Hehe. Demand sungguh.

Aku sudah sediakan sasaran. Sehingga hujung tahun nanti, aku mahu pastikan aku boleh bermain sebuah lagu dengan gitar aku. InsyaAllah.

7 comments:

Anonymous said...

pelik sanggup menghabiskan duit krn sebuah gitar ttp bagaimana utk yg paling penting dlm hidup..keluarga...

Ahmad Sharidan said...

Nak kena jawab ke ni?

kOpiEhiTam said...

soalan cepu emas tu. apa lagi, jawab... jangan tak jawab. hahaha...

Ahmad Sharidan said...

It is for me to know and for you to find it out.

adiknya said...

sampai jodoh kawin la diaa..betul tak bidan??

Ahmad Sharidan said...

Aik? Apa hal pulak ni?

halimatun sadiah said...

2009 semakin melabuhkan tirainya..
adakah sudah tercapai hasrat dihati idan tuk memainkan satu lagu dengan gitar mahal itu? =)

Post a Comment