Ada perkara yang aku langsung tidak faham dengan pemandu kenderaan di Malaysia. Kalau tersalah masuk simpang, terutama di lebuhraya atau persimpangan bertingkat, mereka sanggup berhenti kereta di tepi dan mengundur kereta untuk kembali ke simpang yang mereka terlepas.
Aku tidak tahu sama ada mereka bodoh atau kebal, tapi perbuatan mereka itu langsung tidak masuk akal dan membahayakan orang lain. Apa salah kalau terus saja ke hadapan dan pusing kembali kalau tiba di persimpangan atau terjumpa u-turn.
Tapi sebenarnya aku juga faham kenapa. Satu masalah sistem jalanraya di Malaysia, terutama lebuhraya, kadang-kadang langsung tidak ada tempat untuk membuat pusingan semula (u-turn) kalau sudah terlajak atau tersalah jalan. Pemandu biasanya terpaksa memandu lebih jauh atau tercari-cari tempat untuk membuat pusingan semula. Malah kalau kamu perhatikan di plaza tol, tiada ruang untuk berpusing kembali ke lebuhraya. Pemandu terpaksa keluar dari tol dan pusing, masuk tol kembali; suatu kerja yang membazir masa dan menyusahkan.
Namun begitu, masih aku tidak boleh terima manusia yang sanggup berhenti di persimpangan dan mengundur kenderaan mereka untuk ke persimpangan jalan yang betul. Bahaya tau tak!
Kedai Gunting Rambut
Aku pulang ke kampung, walaupun lewat petang sabtu aku melakukannya. Itulah aku. Kalau aku mahu melakukannya, aku akan buat.
Perkara pertama yang aku lakukan adalah ke kedai gunting rambut. Aku rimas dengan rambut panjang. Aku ke kedai gunting rambut India yang sering aku kunjungi sejak kecil lagi. Malah, tanpa perlu berkata apa-apa, tukang gunting (seorang lelaki India tua) tahu apa citarasa aku.
Abang beliau yang turut sama mengusahakan kedai gunting rambut itu telah beberapa tahun meninggal dunia.
Dahulu, harga gunting rambut cuma RM4. Ianya kekal begitu untuk aku walaupun orang lain perlu membayar RM6 - RM7. Sekarang harga menggunting rambut adalah RM8. Aku bayar cuma RM6. Murah. Orangnya amat peramah dan sentiasa tersenyum. Mungkin aku ada beberapa tahun lagi peluang untuk menggunakan perkhidmatan beliau. Beliau sudah nampak kurang bertenaga dan uzur.
Aku rasa aku perlu merakamkan suasana di kedai itu. Aku akan usahakan.
Mencari Tenang
Balik ke sini mencari tenang. Walau hanya buat seketika waktu.
Harap aku temui.
No comments:
Post a Comment