"Tokay, RAM 1Gb untuk laptop berapa harga?"
Dalam hati aku,
"Kamu sudah salah masuk kedai."
Tokay kedai cakap,
"Aiya, ini kedai jual CD. Mana ada jual RAM."
Pelanggan tersebut terus berlalu pergi. Aku yang sudah di luar kedai melihat beliau bersama rakan-rakannya. Mereka tiga orang perempuan dan kemungkinan besar pelajar universiti terdekat agaknya berhasrat untuk upgrade RAM laptop mereka.
Mahu saja aku cakap,
"Dik, kedai jual RAM ada sebelah sana (sambil menunjuk arah dengan jari telunjuk)"
Tapi memandangkan aku tidak cukup hensem dan juga tidak cukup rajin untuk sibuk hal orang lain, aku biarkan saja.
Sebenarnya, kalau aku sendiri pun mahu upgrade RAM laptop, aku akan pergi ke kedai dan suruh orang kedai buatkan. Pertama, aku malas hendak memutar skru kecil penutup ruang RAM dan dua, kamu sebenarnya susah hendak pasti sama ada RAM yang kamu beli itu sesuai atau tidak dengan laptop/PC yang kamu guna. Kalau kamu benar-benar mahir, itu tidak ada masalah.
Sejak tahun 90an sehingga sekarang, aku sudah lalui banyak zaman RAM yang berbeza. Daripada err.. lupa dah berapa pin, yang kamu perlu selak masuk hingga boleh patah kuku hinggalah yang paling senang, seperti yang ada sekarang. Kamu nak tahu RAM pertama aku tukar? Sekitar tahun 1992, komputer rumah sendiri berjenama ALR (Advance Logic Research) yang sekarang sudah pupus. Menariknya komputer ini sudah terbina RAM sebanyak 4MB (ya, besar tu saja) di atas motherboard. Untuk upgrade sebanyak 4MB lagi, kamu perlu bayar harga RM300 lebih. Ianya kemudian dipasang di atas extension board (bukan atas motherboard seperti biasa) yang ada empat slot kosong. Tapi tiada siapa mampu penuhi empat slot tersebut. Mahal.
Sekarang, semasa aku upgrade RAM laptop aku, 2GB DDR3, ianya cuma berharga RM130. Murah. Lagipun ianya DDR3, jenis RAM paling baru untuk konsumer. Kalau kamu masih bermegah dengan RAM DDR2 kamu, aku jelir lidah sajalah.
Jadi, kalau ada antara kamu yang mahu beli komputer/laptop baru, sebaiknya pastikan RAM yang digunakan adalah DDR3, paling baru (sebenarnya sudah beberapa tahun - cuma sekarang sudah murah). Paling penting, jangan cari RAM di kedai jual CD cetak rompak. Nampak sangat kamu tidak tahu apa-apa.
Cuma, aku tidak cukup hensem untuk menghina kamu. :P
3 comments:
eh..gi mines jugak semalam..dpt la satu netbook yg cool...he..he..
Netbook... menarik. Minat nak beli tapi tak berapa sesuai untuk saya guna. Jadi, kena la belanja lebih sikit untuk laptop haritu.
hmm..dah ada laptop..netbook utk mudah wat keje n check email masa o/sttn sbb senang guna n blh bawak dlm h/bag je...mcm awak mmg tak sesuai la rasanya sbb awak mmg terer dgn komputer...:-)
Post a Comment