20.7.09

Kuda "Syaitan"

Hari pertama tiba di Kota Bharu, awal pagi Jumaat, aku berjalan-jalan seorang diri sekitar Pasar Siti Khadijah dan Kompleks Kraftangan. 

Di satu laluan bersebelahan kompleks kraftangan, aku terpandang kelibat arca ini. Seekor kuda dibina daripada tunggul-tunggul kayu, lalu diukir bentuk menjadi seekor kuda. Aku terbayangkan kuda syaitan di dalam filem Sleepy Hollow yang ditunggang oleh hantu tanpa kepala. Hampir sama wataknya, dan seramnya apabila dirakam.







Kemudian aku terfikir, ini Kota Bharu. Bandar yang dinobat menyanjung Islam. Ada arca sebegini dan orang sekeliling memandang penuh minat tanpa aku dengar ada cercaan dan kritikan. Aku fikir, kalau patung yang sama berada di Kuala Lumpur, ada pihak yang akan menempelak sebagai tidak islamik dan boleh menyesatkan. Paling mudah bila ada wartawan akhbar tabloid murahan terserempak dengan patung ini. Pasti menjadi isu panas.

Tapi di Kota Bharu, sesiapa yang melintas akan berhenti dan menunjukkan rasa kagum di atas kehalusan seni ukiran kayu ini.

No comments:

Post a Comment