6.7.09

Memaksa Tidur

Siang hari nanti kerja. Tengah malam buta sebegini masih belum tidur. Memang aku ada masalah untuk tidur malam. Amat-amat bermasalah. Tapi belum sampai tahap untuk guna pil tidur atau apa-apa ubat untuk mengatasinya.

Biasa aku biarkan sajakan sehingga aku benar-benar mengantuk dan itu mungkin dalam jam 3 - 4 pagi nanti. Awal subuh sudah bangun kembali dan akhirnya mamai mengantuk di pejabat. Bos Besar lama dulu pernah berkata, orang seperti aku lebih senang bekerja tengah malam buta; bila orang lain lena tidur, idea datang ke benak otak aku. Sekurang-kurangnya dia faham.

Namun, bila tiba hujung minggu, aku bagai beruang sedang berhibernasi; tidur lena sepanjang siang. Aku selalu kata, itu aku cover balik tidur aku sepanjang minggu. Mungkin ada betulnya. Tapi rasanya tidak. Cuma ada satu saja untuk bila di hujung minggu dan aku tidak ke mana-mana, hanya di rumah. Aku akan kurang makan. Amat-amat kurang. Bila petang baru aku keluar mencari makan dan biasanya di hujung minggu, aku mahu makan sesuatu yang aku jarang makan. Sedikit sebanyak, hujung minggu aku di rumah membantu aku mengurangkan berat badan. Heh.

Apa pun, aku perlu paksa diri aku tidur sekarang. Aku perlu tidur walau hanya untuk beberapa ketika. Selamat Malam.

3 comments:

Anonymous said...

erm... siannya... malam nanti kiter online ek :)

Ahmad Sharidan said...

Ini macam menghasut tak nak bagi tido je ni... :P

halimatun sadiah said...

sian idan =)
tentunya sbb xleh tido ialah otak tidak henti2 berpikir.ape yg idan pikir??tentunya bayak perkara.otak juga perlukan rehat.
pekata idan hadiahkan diri dengan tilam yg sebegitu empuk dan catkan bilik dgn warna yg agak gelap atau langsir yg gelap tuk memudahkan tido.
tidak lupa juga lilin aroma terapi yg wangi.wangian juga faktor yg membolehkan tido dgn lena.idan jgn kedekut =)

meminjam petua mak sy minum susu panas dicampurkan dengan badam.mmm...nyamannya rasa =)

Post a Comment