Erm.. Apa lagi ya?
Tanda-tanda aku sudah tua dan langsung tidak pandai menjaga kesihatan diri. Akibatnya tugas menjadi seperti seksaan dan aku terdampar lesu di pembaringan, menanti hari esok. Namun aku tidak boleh tidur. Walau aku cuba bagaimana sekalipun, mata masih belum mahu terpejam lena. Itu penangan anemia yang aku fikir semakin hari, semakin meruncing.
Tidak perlu beritahu aku itu ini, begitu begini. Kelak nanti aku akan kembali kepada tabiat lama. Cuma ada masanya terasa begitu cemburu melihat orang lain. Ketika itu, semangat berkobar-kobar mahu mengubah nasib diri. Sehari kemudian, lesu.
Kenapa ya aku begitu jujur di sini? Mencari publisiti murah atau supaya menarik minat orang membaca? Tidak. Aku fikir dengan menulis di sini, ianya boleh dijadikan ingatan kepada aku bahawa aku sebarkan aib aku kepada orang agar mereka tahu realiti sebenarnya. Terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu mengubahnya atau tidak.
Peliknya, aku masih tidak peduli.
Keras hati sungguh.
No comments:
Post a Comment