Balik kampung. Kalau sebelum ini jarang sangat aku boleh balik sesedap rasa. Sekarang boleh. Kerja di pejabat sudah ada banyak tetapi biarkan dulu. Biar aku balik kampung dulu.
Tadi aku pergi baiki kereta. Bagi aku mekanik adalah manusia yang licik. Mereka buka sedikit demi sedikit dan beritahu itu ini perlu ditukar di dalam kereta. Mulanya kamu hanya mahu menukar minyak hitam dan filter. Akhirnya kamu membayar beratus-ratus ringgit peralatan lain yang "perlu" kamu tukar.
"Kalau pakai dulu, boleh tak?"
"Boleh bos. Tapi tak boleh jalan jauh la..."
Itu alasan mereka paling popular. Tidak boleh jalan jauh.
Tetapi memandangkan kereta aku sudah lama dan ada yang langsung tidak diperiksa sejak sekian lama, kesan 'haus' peralatan sudah jelas kelihatan. Pad brek sudah nipis, pam servo sudah bocor, gas penghawa dingin sudah kurang. Biar aku tukar sekarang sementara ada duit.
Jadi, balik kampung! Oh, lewat sikit. Beg masih di rumah. :-)
1 comment:
bestnya balik kampung.
sungguh, aku rindu masa lalu..
Post a Comment