Sepanjang waktu aku bekerja di Putrajaya juga, amat jarang aku merakamkan potret Masjid Putra. Mungkin kerana aku sudah sering melihat gambar yang sama dirakam oleh orang lain dari hampir kesemua sudut yang mungkin.
Aku mencari kelainan dan siang tadi aku temuinya. Dari atas bukit di Taman Wawasan yang berhampiran, aku rakamkan suasana Masjid Putra dan sekitarnya. Aku juga berhenti seketika di atas Jambatan Putra untuk melihat suasana dan merakam masjid dari sudut jambatan itu.
Beginilah hasilnya.
Souq berlatarbelakang Masjid Putra.
Kamera digital Sony DSC-W350 yang aku guna agak bagus hasilnya. Aku sengaja set saiz ratio 16:9 untuk memberi impak lanskap yang lebih jelas.
No comments:
Post a Comment