Sudah aku katakan, ahli politik hampir semuanya pentingkan diri sendiri. Mereka lebih pentingkan posisi dan pengaruh politik daripada rakyat yang mereka wakili. Lihat saja apa yang berlaku sejak minggu lepas di Sidang Parlimen yang baru dibuka. Perkara pertama yang dilakukan adalah menghentam dan mengkritik musuh politik mereka. Membuka pekung orang lain dan juga memainkan agenda politik kepartaian.
Ada kamu dengar mengenai usaha-usaha untuk kepentingan rakyat? Nada... Tarak. Tapi kalau itu mainan media semata-mata (untuk keuntungan), sungguh hina editor dan pemberita media.
Sepatutnya awal-awal persidangan lagi telah dengar suara bagaimana rakyat hendak diutamakan, selaras dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan. Perkara pokok yang perlu dibincangkan adalah bagaimana hendak mengurangkan beban ekonomi rakyat, membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan apa saja tindakan yang boleh menyebabkan rakyat berpuas hati dengan suasana hidup mereka.
Ini tidak. Perkara pertama Zahrain ucapkan bila diberi ruang, dedah pekung Anwar. Perkara pertama Rais Yatim mahu, Anwar disiasat. Perkara pertama Anwar ucapkan, 1Malaysia = 1Israel.
Tiada perkara lain yang lebih penting daripada bergaduh macam budak-budak di dalam dewan parlimen? Kamu semua tidak tahu malukah? Oh lupa, kamu sebagai pengundi, tidak sedar-sedar lagi yang pemimpin kamu lebih pentingkan diri sendiri daripada kamu?
Mari ubah minda politik kita!
4 comments:
Macam itulah politik bila dipisahkan dari agama!
Wakil rakyat tidak faham erti amanah, wakil rakyat tidak faham erti beban yang dipikulnya diamanahkan padanya, wakil rakyat tidak faham amanah yang disia-sia olehnya akan menyula dan membakarnya
Biarkan dia, serakah sangat ingin jadi wakil rakyat dan biarkan serakahnya itu menelan dirinya semula...
Lihat sahaja siapa yang mulakan dahulu!! Sudah terang, lagi bersuluh...
Bukan berkira siapa yang mulakan dulu. Paling penting, rakyat sebagai penentu hak perlu buka minda dan berfikir dengan lebih matang. Apakah undi yang mereka lakukan itu untuk kepentingan diri mereka atau untuk kepentingan ahli politik yang secara jelas sekarang lebih pentingkan diri sendiri daripada rakyat yang memilih mereka. Gula-gula yang disogok tidak lebih daripada modal memancing undi. Selepas itu, kita dilupakan balik.
'Pencetus' inilah yang buat kerja mereka kurang menjadi dan terpaksa mementingkan diri sendiri..takkan lah nak dibiarkan sahaja...
Memang betul..apa-apapun atas tangan rakyat...Tetapi harapan rakyat itu sendiri tidak menjanjikan satu kepastian pada pemimpin yang dipilih..
=)
Post a Comment