17.3.10

Sekitar Jambatan Seri Wawasan

Siang tadi cuaca amat baik. Selepas hujan beberapa jam sebelumnya, udara menjadi segar dan langit membiru, sesuatu yang sudah lama tidak dapat dilihat di Putrajaya. Aku mengambil kesempatan ini untuk berbasikal ke Jambatan Seri Wawasan dan berhenti ditengah-tengah jambatan tersebut.

Setelah beberapa tahun di sini, inilah pertama kali aku berhenti di jambatan untuk melihat suasana sekitarnya. Permandangan dari atas jambatan ini sungguh mempesonakan.

Permandangan ke arah "core island" di mana agensi kerajaan banyak ditempatkan. Masjid besi kelihatan di sebelah kanan gambar dilindungi sedikit dengan monumen alaf baru.

Tasik yang mengelilingi "core island". Tasik buatan manusia ini sekarang aku dapati semakin kotor dengan sampah sarap. Nanti aku rakamkan gambar sebagai bukti. Perbadanan Putrajaya perlu lebih prihatin.

Panorama (kurang sempurna) sekitar Jambatan Seri Wawasan. Nanti aku akan cuba ambil sekali lagi.

Struktur kabel gantung di Jambatan Seri Wawasan. Setiap batang kabel besar ini mengandungi kabel-kabel kecil lain yang dililit dan ditutup dengan aluminum atau plastik (mungkin). Jambatan sebegini menanggung kos yang agak mahal namun tarikannya tidak dapat disangkal. Setiap masa pasti ada orang yang mahu berhenti dan mengabadikan kenangan mereka di sini.

Setiap petang, terutama hujung minggu, deretan kenderaan akan berhenti di bahu jalan, walaupun tidak dibenarkan untuk mereka melihat suasana sekitar. Aku fikir pihak Perbadanan Putrajaya (PjC) perlu fikirkan langkah lebih baik daripada terus menghalang orang menikmati suasana di sini. Tempat parkir yang disediakan agak jauh dari jambatan, malah orang ramai terpaksa memanjat tangga yang tinggi untuk tiba di tengah jambatan. Ianya suatu perkara yang tidak praktikal dan menyusahkan.

PjC boleh saja menutup sebahagian jalan di atas jambatan ini setiap petang selepas jam 7 dan sepanjang hari semasa hari minggu untuk orang mudah berhenti di tepi jalan. Boleh juga diadakan program/aktiviti seperti bungee jumping dan street fair di tepi jambatan untuk menarik minat orang berkunjung. Faktor keselamatan mungkin menjadi halangan tetapi kalau diusaha dan difikirkan caranya, mungkin boleh berjaya. Kalau Sydney Arch Bridge dan Golden Gate Bridge boleh dijadikan tarikan, jambatan kecil di Putrajaya ini juga boleh dijadikan tarikan untuk orang berkunjung ke Putrajaya.

Jangan bataskan keupayaan kita.

No comments:

Post a Comment