19.3.10

frossonice.com v11 (Musim 2010/11)

Selesai update design blog. Aku pilih tema oren kerana aku fikir ianya lebih ceria (agaknya). Aku akan biarkan buat beberapa ketika sehingga ada orang komen mengatakan ianya tidak menarik atau bosan.

Secara keseluruhannya, design ini lebih senang untuk aku kontrol. Rugi juga aku tidak buat snapshot website lama dulu sebelum aku ubah. Tidak mengapalah. Kadang-kadang apa yang lepas, tidak perlu diingat lagi. Ada beberapa perkara yang aku ubah di website ini. Aku sudah buang beberapa item yang tidak perlu. Aku susun balik keutamaan sidebar. Akhirnya aku letak iklan banner di atas. Jangan marah. Aku perlukan duit. Heh.

Header website juga aku tukar. Ianya adalah gambar awan dan cahaya matahari memancar yang aku rakam tempohari. Signifikannya header ini, ianya bermaksud kebebasan. Mencari sejauh mana potensi diri dan mencabar diri agar menjadi lebih baik dari semalam. Sejak lebih setahun lalu, semua gambar di header adalah hasil fotografi sendiri. Itu paling memuaskan.

Maka, terimalah Website frossonice.com versi 11 (sudah lama) untuk musim 2010 - 2011.

2 comments:

jiwafaham said...

Website frossonice.com versi 11 untuk musim 2010 - 2011 ini memang mengancam dengan pesona Header yang cool dan fresh.

Tema oren yang dipilih seolah-olah masih mengekalkan ciri pada header lama.

Kesan keseluruhan menyerlah rasa kepuasan pengunjung dengan kombinasi masam-manis buah oren. Tak puas tau! Nanti nak datang lagi... begitulah.

Ajarkan saya cara selenggaraan tool baru tu... saya pun minat juga..hehehe

Ahmad Sharidan said...

Tools baru, Blogger In Draft sebenarnya agak senang digunakan. Terus ikut saja cara yang ditunjuk atau lebih senang, cuba-cuba setiap tools yang ada. Tidak perlu save dulu kerana preview sudah cukup memuaskan hati apabila melihat nanti. Bikin sampai puas, kemudian barulah save. Cubalah.

Post a Comment