Aku rasa hobi berbasikal ini sudah mula membazirkan duit aku. Aku perlu bagi alasan supaya orang tidak mempersoalnya nanti. Hehehe.
Sebenarnya bukan hendak beri alasan. Hendak menunjuk. Bukan kamu tidak kenal aku. Perkara pertama aku beli adalah sebuah kamera digital, Sony DSC-W350. Aku jimat lebih RM3000 apabila membeli kamera ini. Asalnya aku mahu beli sebuah DSLR baru kerana Canon EOS 400D sudah tidak dapat berfungsi dengan baik. Aku sudah keluar duit yang diperlukan semalam dan semasa dalam perjalanan menuju destinasi membeli DSLR baru, aku terfikir.
Kenapa perlu aku beli sebuah DSLR yang besar, berat dan agak sukar hendak dikendalikan sekelip mata serta berharga ribuan ringgit sedang aku cuma mahu merakam gambar dan video sepantas mungkin dari atas basikal yang sedang bergerak? Kenapa aku tidak beli kamera digital biasa saja?
Jadi aku pilih Sony Cyber-shot DSC-W350 yang jauh lebih murah dan senang dikendalikan. Paling menarik, ia boleh merakam shot panorama yang aku fikir akan menjadi 'feature' utama apabila merakam gambar suasana sekitar Putrajaya dari atas basikal. Ia juga boleh merakam video dalam mod HD walaupun aku tidak perlukannya. VGA sudah cukup untuk streaming di internet.
Selesai satu perkara. Tapi tidak mungkin aku mahu letak kamera tersebut dalam poket seluar atau pegang sepanjang masa. Jadi aku ke kedai basikal untuk membeli beg basikal.
Pilih punya pilih, aku akhirnya membeli sebuah beg kecil Topeak ProPack Medium yang mempunyai casing yang keras, untuk keselamatan kamera dan telefon bimbit yang bakal aku letak di dalamnya.
Akhirnya, aku beli sebuah tempat duduk basikal yang baru. Tempat duduk asal (standard) agak keras dan tidak selesa. Masuk hari ke lima aku berbasikal tempohari, punggung terasa sakit dan tidak selesa langsung.
Di Kedai yang sama, aku beli tempat duduk jenama Selle Royal. Agak mahal tetapi berbaloi. Kusyen berisi gel dan mempunyai suspension untuk menyerap hentakan. Sepatutnya awal dulu lagi aku sudah menukar tempat duduk asal. Aku tahu ketika itu ianya keras dan tidak selesa.
Membazir, bukan?
Sama macam kamu suka memancing atau mengumpul setem, kos tetap ada. Hehehe.
Alasan lagi.
1 comment:
Bagus2 satu penjimatan beli untuk keperluan aje....hehehe.
Post a Comment