Aku mulakan kayuhan lebih awal kerana risau hujan akan turun menjelang lewat petang.
Permandangan jambatan gantung monorel yang sudah lama siap tetapi belum berfungsi. Membazir.
Pembangunan pencakar langit sedang sibuk dijalankan di Presint 4. Bangunan sebelah kanan sekali bakal menjadi bangunan tertinggi di Putrajaya, dengan ketinggian 38 tingkat. Belum pasti agensi mana yang akan ditempatkan di situ.
Sudut pandangan yang berbeza untuk gambar bangunan dalam pembinaan tadi. Tertarik dengan kren yang berada di puncak bangunan. Nampak seperti senjata perang!
Berhampiran dengan Bangunan PjH (Putrajaya Holdings) ada sebuah air pancut yang berfungsi sendirian. Untuk sampai ke tempat ini agak sukar sekiranya cuma berjalan kaki. Sebelah kanan air pancut adalah tapak projek sebuah hotel yang terbengkalai sejak beberapa tahun. Jangan tidak tahu, di Putrajaya juga ada projek yang terbengkalai.
Akhirnya bila tiba di tempat mula, aku melihat cacatan masa yang dilakukan adalah 40 minit. 12 minit sudah aku cantas dari masa asal semalam. Kira cukup okay.
Mulanya aku mahu terus berkayuh. Tetapi memandangkan langit semakin gelap, awan semakin tebal dan guruh semakin kuat berbunyi, aku segara bergerak kembali ke pejabat. Hari ini lebih penat daripada semalam. Namun, aku jauh lebih puas hati hari ini.
No comments:
Post a Comment