23.3.10

Progress

Lama aku tidak beritahu apa yang sedang berlaku di sebelah bangunan aku sekarang. Load test terhadap tanah rasanya sudah selesai. Blok konkrit juga sudah dialihkan. Kelihatan jentera sedang menggerudi penjuru tanah dan menanam cerucuk benteng. Mungkin selepas siap nanti, tanah di sekelilingnya akan dikorek.





Nasib baik juga cermin tingkap dan dinding pejabat mampu mengurangkan gangguan bunyi dari luar. Aku siang tadi sengaja membuka sebuah tingkap. Hasilnya bunyi kuat yang ditujah masuk dengan laku ke dalam bangunan.

Aku tidak pasti bilakah tarikh siap bangunan di lot 3G5 ini. Harapnya tidak terlalu lama menunggu.

No comments:

Post a Comment