Ini adalah post ke 954. Tinggal 46 post lagi untuk mencecah ke angka 1000. 1000 dalam masa enam tahun, boleh tahan. Tapi kalau hendak dikira betul-betul, post aku dalam bentuk blog sudah lama mencecah seribu. Aku sudah menulis post ala blog ini sejak September 2001; dalam website sendiri, di Diaryland dan juga uJournal (lebih kurang sama dengan LiveJournal). Ada yang masih boleh kamu tengok kalau rajin cari. Okay, aku beri satu,
LIHAT SINI.
Sudah lama. Kadang-kadang rasa penat untuk terus menulis di sini. Kadang-kadang rasa tertekan dengan orang yang datang di sini dan meninggalkan kata-kata yang kurang selesa. Cuma yang terus menguatkan aku untuk menulis di sini adalah kerana minat. Minat untuk menulis. Bukan kerana kamu, tapi kerana diri sendiri.
Selama mana tempat ini akan bertahan?
Kamu boleh tanya kembali soalan itu 10 tahun dari sekarang.
:-)
InsyaAllah.
1 comment:
Salam dan selamat berbahagia selalu.
Tahniah, dapat meneruskan kesinambungan menulis, walau dihambat berbagai kekangan. Saya pun mengalami hal yang sama, lama juga terhenti.. sekarang nak mulakan semula...
Macam tidak percaya menulis blog rupanya mengundang berbagai cabaran, yang selama ini kita tidak pernah fikir pun.
Sama-samalah kita saling memberi semangat dan sokongan demi meneruskan minat kita yang sama ini.
Wasalam. Mohamad Azaludin. 16/07/2009 @ 1.42 ptg.
Post a Comment