9.7.09

Novel RM10

Sedang aku berjalan-jalan dengan seorang sahabat di Carrefour Alamanda, kami berhenti di kawasan menjual buku murah. Menariknya, harga sebuah buku cuma RM5. Terdapat banyak novel turut sama dijual dengan harga yang sama.

Mulanya aku fikir mungkin novel yang dijual murah ini adalah hasil karya penulis yang tidak dikenali atau tidak popular. Sehinggalah aku bertemu dengan sebuah novel bertajuk No Country For Old Men, karya Cormac McCarthy. Bagi sesiapa yang tidak tahu, novel ini telah difilemkan dengan tajuk yang sama oleh Joel dan Ethan Coen (Coen Brothers) dan berjaya memenangi kategori filem terbaik, anugerah Academy (Oscar) 2007. Aku sudah menonton filemnya tidak lama dulu. Jadi ada baik aku membaca novelnya pula.


Aku belek lagi beberapa novel di rak. Kemudian aku temui sebuah novel karya Philip K Dick, penulis futuris yang amat popular. Masih tidak tahu siapa dia? Banyak novel dan cerita pendek karya Philip K Dick yang telah diterjemahkan ke layar perak. Antara yang popular adalah Minority Report lakonan Tom Cruise, Blade Runner lakonan Harrison Ford, Total Recall lakonan Arnold Susahnakeja dan Next lakonan Nicholas Cage. Cubalah Wiki si Philip K Dick ni. Kesian aku tengok kamu terpinga-pinga.


Aku beli novel beliau bertajuk Galactic Pot-Healer. Setakat ini belum ada filem yang dihasilkan dari novel ini. Masih belum. Jalan cerita agak menarik.

Dua buah novel yang agak hebat karya penulis besar dengan harga RM10 sahaja. RM10!

Oh, aku lupa. Orang Malaysia lebih suka membaca Mangga, URTV dan Mastika. Lebih menarik agaknya melihat artis menonjolkan lurah dada atau bulu dada mereka.

5 comments:

normaya said...

Menarik!..sampai bila jualan murah tu?..mmg bermasalah masuk kedai buku sbb takkan keluar tanpa membeli...he..he...

Ahmad Sharidan said...

Tak pasti. Rasanya ada lagi. Cubalah tengok

Eija said...

saya akan pergi lagi nanti!

IRA said...

tiba2 teringat ada org nk usahakan tayang dada kat sini wakakakaka

oh, abaikan... takut mimpi ngeri nanti hahahahaha

:p

Ahmad Sharidan said...

Ye? Dada siapa? Kalau dada ayam ok juga. Sedap.

Post a Comment