Akibat daripada itu, aku sedari semakin hari semakin teruk tulisan aku. malah aku rasa semakin tidak pandai hendak menulis. Aku masih boleh melukis (sketching saja), tetapi menulis bagi aku difikirkan agak sukar.
Mungkin bila tiba masanya nanti, aku akan hilang skil untuk menulis dan tulisan aku akan jadi seteruk (secomel) tulisan budak sekolah tadika. Semasa mengisi borang kad Mesra di Petronas tadi, aku sedari bahawa aku tidak boleh menulis dengan baik setiap huruf yang aku perlu tulis. Tapi kamu berilah aku keyboard atau mouse pada bila-bila masa, aku boleh pejam mata sambil menaip ini (walaupun dengan sedikit kesilapan ejaan).
Adakah kita sebagai manusia suatu hari nanti akan hilang kemahiran untuk menulis? Maksud aku, kamu boleh lihat sendiri apa yang berlaku sekarang. Keyboard dan mouse sudah mengambil alih sebahagian besar tugas alat tulis di pejabat.
Aku juga ada mengumpul pen dan pensil di rumah dan di pejabat. Kalau di rumah, aku dapati kebanyakkan pen yang aku miliki sudah kering dakwatnya akibat tidak diguna sejak beberapa tahun. Malah, ada pen dalam simpanan aku yang berusia lebih 10 tahun. Kalau pen itu pen mahal, tidak mengapa. Ini pen yang suatu ketika dahulu cuma berharga RM1.
Suatu masa dulu di sekolah, aku cukup minat dengan kaligrafi dan seni khat. Aku pernah menyertai kelab seni khat yang kalau tidak silap aku, kelolaan Cikgu Zul. Kami membuat khat di atas kain baldu dan di taburkan star dust di kawasan yang sudah kami lukis dengan tulisan khat dan disapu gam. Ianya kerja teliti yang mengasyikkan.
Kalau suruh buat perkara yang sama sekarang, aku rasa apa yang terhasil nanti cuma sampah...
4 comments:
erm... sejak dari kecik lagi memang tak suka menulis. leceh!
sekarang teknologi dah menguasai manusia.. kalau nk tulus surat ke apa, org pakai komputer je.. melukis pun sekarang boleh pakai komputer.. ana pun nk mengaku tulisan ana pun buruk.. hehe.. selamat hari raya ye dan salam kenal dari ana..
hurmm..saya pun sme..kadg2 malu nak menulis sebab tulisan memg burok!!..
tapi kalo nak menaip kat keyboard tu x de la smpai pejm mata pun bleh..
huhuhu
kalo byk simpan pen dirumah tak digunakan bawak balik kg saja huhu..
Post a Comment