18.9.09

Rezeki Hari Raya

Aku sudah berada di Kuala Kangsar sejak siang tadi. Sepatutnya sampai awal. Tapi kerana aku lebih selesa guna jalan lama, aku lewat beberapa jam. Tidak mengapa, lebih segar memandu di jalan lama.

Cuma bila tiba di Kampar, kereta aku dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal. Mungkin kerana hujan yang lebat. Anehnya kerana semua kereta sedang berhenti di lampu isyarat ketika itu. Bukan baru berhenti, sudah lama. Menunggu lampu hijau menyala. Mungkin penunggang motosikal tersebut terlalu laju atau cuba mengelak kenderaan lain.

Nasib juga aku cuma brek dengan kaki, tidak menggunakan hand-brake. Jadi semasa dihentam, kereta aku bergerak ke hadapan sedikit. Aku tidak keluar melihat apa yang berlaku kerana aku berada di laluan tengah dan lampu hijau sudah bernyala. Aku sedar ada orang bangun dan angkat motosikal yang sudah patah nombor pendaftaran dan bengkok cermin. Terus saja dia meluru laju ke arah lain.

Biarkanlah.

Bila sampai di hentian Simpang Pulai barulah aku periksa kereta. Bumper dan lampu belakang sebelah kiri sudah pecah. Rezeki Aidil Fitri. Semalam aku habiskan RM430 untuk timing belt (yang kebetulan sudah tiba masa untuk diganti) dan ball-bearing roda sebelah kanan. Tadi bumper dan lampu pula pecah.

Kalau aku kejar dan minta ganti rugi dari penunggang motosikal pun tidak ada guna. Tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Kesian juga memikirkan tentu dia sakit akibat terjatuh dari motosikal. Jadi baik saja dia guna duit (kalau aku tuntut) untuk bayar kos perubatan dia.

Lepas raya nanti baru aku fikirkan bagaimana hendak baiki bumper dan lampu belakang kereta aku.

3 comments:

cikguzul said...

Sharidan, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

aliah yaacob said...

OMG .. u accident?

comel lagi tak si kancil ...
upload lag pic dia .. lama tak tengok dia ..

:D

Ahmad Sharidan said...

Comel? Okay je lagi. Bumper je berlubang. Ada gambar tapi lupa nak upload. Kejap lagi kot.

Apasal tak upload gambar Fisya?

Post a Comment