Lebih pelik pula website sosial networking seperti Facebook, Friendster dan Tagged dibiarkan terbuka aksesnya. Aku tahu kenapa. Ini kerana ramai staf yang bekerja di bahagian teknologi maklumat yang mengawal akses internet mempunyai akaun Facebook, Friendster dan Tagged.
Jadi kalau mereka hadkan akses ke website social networking, mereka sendiri tidak boleh aksesnya nanti. Memandangkan laman web file sharing, media sharing dan photo sharing kurang ada fungsi untuk mereka dan mungkin juga kerana alasan untuk mengelakkan staf melihat pornografi dan download fail yang tidak elok, maka mereka hadkan akses. Ada satu lagi alasan rasanya, fail media memerlukan saiz streaming yang besar dan ini akan memberatkan akses internet secara keseluruhan.
Aku sebenarnya tidak peduli sangat. Tapi aku kadang-kadang perlukan akses ke photo sharing untuk download gambar dan grafik yang berkaitan dengan kerja. Kalau dalam keadaan sekarang aku tidak boleh melakukannya, maka terpaksa guna modem sendiri untuk menyiapkan kerja.
Tidak mengapalah. Mereka yang melaksana jadi mereka ada hak untuk menentukan mana yang lebih baik untuk kita. Lagipun, mereka tidak halang akses ke website tertentu yang mempunyai foto dan grafik lebih menarik. Rasanya mereka masih tidak tahu.
No comments:
Post a Comment