Tapi kalau kamu rasa kamu tidak boleh ditegur, racist atau lebih rela percaya bumi ini leper, pergilah baca Parpukari.
Aku bukan penyokong UMNO atau BN pun. Tapi aku tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. Aku tidak letak link kerana tidak ada sebab untuk aku melakukannya.
Untuk UMNO dan BN berubah menjadi lebih baik (daripada sekarang), perlu wujud mentaliti dan perlakuan seperti di The Rembau Times. Serius, sekarang lebih ramai golongan muda yang menyokong PR (namun begitu, jauh lebih ramai yang berada di atas pagar) daripada BN. Kenapa? Kerana arah perjuangan dan strategik politik BN yang sudah terlampau kuno dan lapuk. Sudah beberapa kali aku sebut dalam post sebelum ini bahawa BN tidak boleh lagi memainkan sentimen rakyat perlu berterima kasih, rakyat perlu bersyukur, janji pembangunan (sedangkan itu tanggungjawab wajib kerajaan yang memerintah) atau hanya BN boleh menjamin kesejahteraan rakyat. Itu semua sudah terlalu lapuk untuk digunakan sebagai senjata berpolitik.
Mereka juga perlu ubah mindset mengenai penggunaan medium komunikasi internet sebagai tempat menembak sesiapa saja sesedap rasa. MSM (main stream media - surat khabar, TV dan radio) sudah tidak relevan buat golongan muda kerana berita dan cerita yang sentiasa berat sebelah (realiti, bukan?). Perlu aku jelaskan lagi, MSM tidak sepatutnya dimiliki oleh mana-mana parti politik. Ia sepatutnya bebas dari kekangan politik agar informasi yang disampaikan menjadi lebih adil dan seimbang. Kerana dengan menyekat akses (secara membuat liputan berat sebelah) orang ramai dalam MSM, mereka sekarang dengan mudah boleh memperolehi informasi yang mereka mahu melalui internet dan saluran komunikasi lain. Jadi tidak hairan kalau media alternatif di internet seperti Malaysiakini dan The Malaysia Insider atau MalaysiaToday menjadi pilihan mereka.
Memainkan sentimen politik perkauman juga adalah bukan jalan yang terbaik untuk menarik undi. Kalau negara ini 80% majoriti Melayu, maka cara ini amat sesuai (kalau tidak difikirkan moral). Tetapi kita tahu majoriti Melayu tidak sampai 50% kerana selebihnya dalam golongan bumiputra bukan orang Melayu, tetapi etnik lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Apa guna hendak kita mainkan sentimen perkauman demi membeli jiwa 50% orang Melayu dan biarkan 50% lagi jiwa di Malaysia sakit hati dan marah? Ianya tindakan bodoh dan amat memualkan.
Politik perkauman juga adalah politik kuno yang hanya boleh berfungsi kalau negara ini seperti Korea Utara atau Laos (mungkin); tertutup komunikasi sejagat. Kerana kerajaan begitu "bermurah hati" memberikan pendidikan tertinggi kepada rakyatnya, maka pemikiran rakyat ini lebih terbuka dalam menilai segala aspek yang disumbatkan kepada mereka. Melainkan mereka itu fanatik, mereka tidak akan boleh terima sesedap rasa fahaman perkauman ini. Kamu lihat, sekurang-kurangnya ada dalam lingkungan persahabatan kita (Melayu) seorang bukan Melayu. Adakah wajar kita menerima fahaman rasist (politik perkauman) sambil kita terus berkawan dengan bukan Melayu? Apa jenis hipokrit yang kamu anuti?
Betul, BN perlu berubah. UMNO terutamanya perlu berubah. Apabila aku menonton 1957 Hati Malaya (aku belajar sedikit darinya walaupun filem itu amat bosan dan tidak menarik), aku faham kenapa Onn Jaafar mendesak agar UMNO menerima bukan melayu dalam parti tersebut. Beliau tidak mahu apa yang terjadi sekarang, terjadi. Kita memusnahkan negara kita dengan mengasingkan bangsa dalam politik, which is really bad move.
Cara paling 'kotor' BN boleh lakukan adalah dengan 're-invent' kembali menjadi parti politik multi-racial yang sejati. Hentikan retorik Ketuanan Melayu. Ianya tidak akan berkesan dalam jangka masa panjang. Sebaliknya betul-betul perjuangkan Ketuanan Rakyat. Oh, itu PR punya tagline. Tidak kira apa jua jalan, kalau hendak jayakan 1Malaysia yang PM laungkan, itu jalannya. Bukan politik perkauman yang sedang diapi-apikan sekarang.
Erm.. panjang pulak jadinya.
2 comments:
berubah menjadi lebih baik (daripada sekarang), perlu wujud mentaliti dan perlakuan seperti di The Rembau Times. Serius, cuy
Ianya mengenai BN dan UMNO, jadi sasarannya jelas. Tidak perlu bagi contoh yang lebih baik.
Post a Comment