2.9.09

Apa Menu Kamu Hari Ini?

Semalam berbuka dengan sanwic Subway. Itu saja. Sudah cukup kenyang. Roti, sayur-sayuran, daging dan sos. Hari ini belum pasti apa yang hendak dijamah ketika berbuka nanti. Tidak, bukan nasi dalam menu. Semasa di kampung tempohari hari sudah beberapa kali makan nasi (masakan emak, siapa sanggup lepaskan?). 

Hari ini mungkin mahu menjenguk pasar ramadan Putrajaya buat kali pertama tahun ini. Kalau ada yang menarik, aku beli dan makan di rumah saja nanti. Sudah penat makan di luar sepanjang masa.

Selamat berbuka puasa untuk kamu semua.

No comments:

Post a Comment