Terima kasih kamu semua yang sentiasa sudi berkunjung ke blog ini. Setelah lima tahun menulis dengan aktif di blogspot, barulah aku capai catatan ke-1000. Lima tahun untuk mencapai angka 1000 adalah suatu jangka masa yang lama. Ada yang boleh hasilkan 1000 post sebulan. Tidak mengapa. InsyaAllah, laman ini akan terus bertahan selagi aku terdaya untuk menulis.
Ini potret terbaru, dirakam oleh seorang kenalan yang baru bermain dengan SLR. Agak menarik shot dia. Tapi gambar di atas sudah aku edit.
Siang Ahad, aku akhirnya berkesempatan untuk merakam suasana di dalam Masjid Sultan Mizan, Putrajaya. Aliah minta aku komen mengenai masjid ini. Aku rasa buat masa ini aku tidak mahu komen apa-apa. Ianya masih baru dan banyak yang belum siap.
Terimalah rakaman lensa aku siang tadi. Agaknya, akibat jarang menggunakan kamera, skil pun beransur kurang. Sigh...
Semua gambar masjdi di atas dirakam dalam masa 30 minit. Selepas itu aku dapat call yang menyebabkan aku terpaksa ke pejabat untuk menyiapkan kerja. Nanti kalau aku ada kesempatan waktu, aku akan tambah gambar berserta dengan komen yang aku akan buat.
Sekali lagi, terima kasih untuk kamu yang sudi ke sini. Aku amat menghargainya.
No comments:
Post a Comment