Jam sudah 6.30 petang. IOI Mall terlalu jauh untuk sampai dalam masa 30 minit (termasuk menempuh sesak jalanraya). Lalu aku terus ke restoran Saba' yang menjual makanan Arab di Cyberjaya. Pesan Kebab (aku lupa namanya) berharga RM10 dan roti Arab berharga RM2. Juga sempat beli samosa yang amat mahal (RM1 sebiji x 2 biji). Balik rumah dan makan di hadapan laptop sambil membaca blog dan berita.
Banyak aku makan? Banyak. Sebelum makan, aku sempat timbang berat badan aku; 83.5kg. Selepas makan; 84kg. Pertambahan cuma 500g sahaja? Itulah yang membuat aku pelik. Rasanya aku makan banyak. Tapi mungkin ianya cuma roti dan sedikit daging. Obses lagi dengan berat badan? Ya, masih.
Aku juga mencuba minuman dalam kotak keluaran Boh (syarikat serbuk teh); air minuman Teh O Ais Boh. Aku fikir ianya pasti sedap sebab Boh sendiri mengeluarkannya. Jadi aku beli dua kotak. Rasanya? Kalau kamu biasa minum teh O ais, ianya agak tidak sama dengan air kotak keluaran Boh ini. Agak tawar dan kurang rasa teh.
Aku masih batuk, sejak beberapa hari. Bukan batuk kerana H1N1. Itu pasti. Batuk kerana kahak yang banyak di kerongkong. Batuk kerana selsema (mungkin resdung?). Rasanya sinus aku agak sensitif dengan sejuk. Sekarang. Dulu aku boleh berbaju t-shirt dan seluar trek selama empat hari di Genting Highland tanpa apa-apa masalah. Itu dulu, ketika orang kata Genting Highland masih sejuk. Sekarang, aku tak fikir aku boleh tahan sejuk di sana, walau orang kata sana sudah panas.
Malah aircon kereta aku pada tahap nombor satu dengan mod ekonomi pun aku sudah terasa sejuk. Kipas di rumah yang dulu dihala terus ke badan pun aku sudah tidak mampu hadapi. Kenapa ya? Macamana aku hendak bermain salji di pergunungan Alps nanti?
Batuk juga amat mengganggu kerja aku. Kalau bukan bulan Ramadan, aku akan menghisap gula-gula ubat batuk sepanjang masa untuk melegakan kerongkong. Sekarang, kerongkong kering dan menyebabkan aku sering batuk. Sakit dada. Aku kena cari cara lain untuk mengawal batuk sepanjang bulan Ramadan ini. Nanti orang fikir aku menghidap H1N1 pula.
Esok aku sudah berkira-kira. Hendak ke Wendy's IOI Mall, mencari Chili sebagai juadah berbuka puasa. Kalau aku rajin. Kalau tidak, aku mungkin menghala ke Alamanda untuk makan di Noodle Station. Atau paling malas, makan roti dan peanut butter saja di rumah.
Hujung minggu belum ada perancangan. Siapa ada cadangan?
1 comment:
cadangan satu . balik kampung .
cadangan dua . ajak saya keluar berbuka puasa .
sekian . terima kasih .
Post a Comment