26.9.09

Masih Belajar HDR

Aku tiada niat langsung untuk semua gambar di bawah ini nampak natural. Semuanya sudah diolah semula menggunakan teknik HDR, jadi tidak perlu nampak asli. Aku guna Photomatix dan set kepada mod Painterly. Itu saja. Tidak ada adjustment tambahan. Malas sebenarnya.











Di mana? Hehehe... Tasik Temoh, yang terletak di Temoh, sebuah pekan kecil antara Kampar dan Tapah di Perak. Setiap kali aku balik ke kampung, aku sering lalui jalan di tepi tasik ini. Semasa balik untuk berhari raya tempohari, aku sudah bertekad untuk merakamkan suasana di tasik ini apabila aku balik dari berhari raya kelak.

Syukur juga kerana cuaca petang tadi cukup cantik dan cahaya cukup cerah dengan gumpalan awan yang indah.

Aku tadi pada mulanya cuma ingin rakamkan gambar biasa saja. Tidak terlintas untuk merakam beberapa set gambar untuk dioleh dengan teknik HDR. Jadi aku tidak keluarkan tripod (dalam bonet). Bila teringat, aku terus rakam tanpa tripod dengan harapan tangan aku cukup stabil untuk merakamkan shot yang sama beberapa kali. Aku cuma ambil tiga set gambar untuk satu olahan HDR.

Semuanya dilakukan secara automatik dengan Canon 400D aku. Aku set Auto Exposure Bracketing (AEB) dan terus ambil gambar. Nantilah aku guna petua si Hariman untuk ambil err.. tujuh shot katanya untuk dapatkan HDR yang lebih menarik. InsyaAllah kalau aku rajin.

Aku masih belajar.

2 comments:

Grungemann said...

Untuk hasil HDR yg gempak, bukan saja 7 gambar diperlukan tapi yang lebih penting adalah apa yang dirakam.

Subject perlu mempunyai banyak color atau tone yang menyerlah. Tujuan HDR adalah untuk menggabungkan tone-tone yang menyerlah pada setiap keping gambar yang dirakam.

Kalau gambar hanya ada 2 atau 3 color, hasilnya kurang menyerlah.

Gambar langit sewaktu senja contohnya akan menghasilkan imej HDR yang menarik kerana sebenarnya terdapat berbagai tone warna pada langit ketika itu yang hanya akan menyerlah apabila diHDRkan.

Renung subject yang ingin diHDR sebelum anda mula merakam imej...

Ahmad Sharidan said...

Oh, okay. Thanks Man. Nanti aku buat.

Post a Comment