Sebab itu aku tidak mahu sertai mereka. Itu pilihan aku. Kerana aku nampak mereka mengambil kesempatan atas isu ini untuk memperjuangkan politik, bukan memperjuangkan Islam dalam erti kata sebenar.
Pastinya nanti kamu fikir,
"Aku join kerana aku sokong usaha menentang penggunaan nama Allah oleh golongan bukan Islam, itu saja. Aku tidak sokong politik mereka."
Tapi kamu juga perlu fikir, setakat mana ianya berjaya dilakukan? Kalau aku perhatikan (ya, aku memerhatikan), apa yang sering terjadi adalah pemimpin kumpulan ini sering akan mengeluarkan kenyataan negatif parti lawan sebagai hujah. Itu saja. Tiada pun aku lihat mereka keluarkan kenyataan mengapa mereka menentang, kenapa, bagaimana dan untuk apa. Sebaliknya meletakkan kesalahan dan menuduh orang lain yang bersalah.
Aku mahu orang melayu bijak berfikir. Bukan sekadar mengikut arus. Kadang-kadang kita perlu menongkah arus demi mempertahankan pendirian dan maruah kita. Kalau kita sekadar ikut tanpa kita faham apa yang ada di hadapan kita, apa guna jadi manusia yang diberi akal dan fikiran?
Akhirnya aku mahu bertanya kepada kamu; kamu sembah Tuhan atau kamu sembah nama Tuhan?
No comments:
Post a Comment