11.1.10

Langkah Lebih Jauh (Dalam Jusco)

Aku ke Jusco senja tadi. Kononnya mahu membeli makanan yang sesuai untuk orang yang sedang dalam proses mengurangkan berat badan. Aku terfikir untuk cari salad. Tinggal sebungkus yang bakal tamat tempoh lima hari dari sekarang. Jadi aku cuma beli pisang dan tomato.

Kemudian aku berjalan-jalan di setiap baris rak makanan di dalam Jusco. Selama ini kalau aku di dalam Jusco, arah tujuan aku adalah ke rak biskut, coklat, snek dan air minuman. Tadi aku terkejut bila terjumpa sejumlah makanan organik yang menarik untuk dicuba. Harganya agak mahal daripada biasa tetapi apabila membaca kebaikan yang diperolehi daripadanya, aku tidak boleh biarkan saja. Cuma, aku tidak tahu dengan jelas apa sebenarnya bahan makanan tersebut.

Aku tangguh untuk membelinya sementara aku selidik di dalam internet. Maksud aku, ada makanan yang menarik yang boleh membersihkan usus contohnya, tanpa perlu kamu pergi farmasi untuk membeli ubat dan lain-lain.

Ya, aku tahu. Aku bebal mengenai semua ini. Seperti yang aku katakan tadi, kalau di Jusco, aku cuma perlu di rak biskut, coklat, snek dan air minuman. Sekarang baru aku tahu ada dijual makanan yang berkhasiat dan organik walaupun harga agak mahal, tetapi masih berpatutan.

Kamu patut beritahu aku awal-awal!

No comments:

Post a Comment