12.1.10

Bolehkah Perkhidmatan Awam Bersifat 'Impartial'?

Ini petikan berita daripada Bernama yang sempat aku baca secara online sebentar tadi.

PUTRAJAYA, Jan 11 — Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak wants the public sector in the country to become a fully professional service without political inclination.

He said this will enable civil servants to support and translate the aspirations of the government chosen by the people.

“This is a noble principle if we were to be successful all the time.

“Regardless of our personal opinion, we must strongly uphold a totally professional public service,” he said in his speech at the Public Services Commission (PSC) dinner, here tonight.

Also present are the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan and PSC Chairman Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri.

Najib said civil servants must be bold in coming forward to bring transformation to the government in order to turn Malaysia into a modern nation.

He said transformation did not mean an increase in the Gross Domestic product (GDP) but in terms of the various aspects of life of the people who were more mature, more educated and with stronger values.

“We are now living in the 21st century which is more challenging compared to the past. We are facing new competitors in the country.

“We are also facing new demands from the society who are better educated and expect higher aspirations from the government,” he said.

The Prime Minister also wants the public sector to be more prepared in facing the current challenges which were more complex and facing competition from countries which were formerly closed but were now adopting a more open attitude.

At the same time, he wants officers to be more bold in making decisions and discharge their responsibilities quickly without sacrificing service quality.

“Quick does not mean hasty but swiftly and correctly. I have heard in the past that if the public wanted something immediately, our response was to say no.

“If they want, let them make an appeal, but now, this method is no longer suitable because the people have higher aspirations, they want the government to give feedback,” he said.

At the dinner, Najib also handed the MS ISO 9001:2008 SPA Certificate and launched the Commission's Recruitment By Profiling Method (MyRecruitment). — Bernama


Bahaya juga kritik di sini. Tetapi aku tetap akan kritik. Apa yang dihajat oleh DS Najib memang baik. Amat aku sokong. Kalaulah benar ianya boleh dilakukan, aku percaya perkhidmatan awam di Malaysia akan melangkah lebih jauh. Tetapi DS Najib juga perlu sedar bahawa sekadar 'bertitah' begitu tidak akan membawa apa-apa penyelesaian.

Sebaliknya DS Najib perlu berpusing melihat apa yang ada di belakang beliau. Seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menjayakan program 1Malaysia yang setakat ini cuma disokong oleh penyokong Barisan Nasional sahaja. Kamu yang membaca mungkin boleh berkata sinis,

"Okaylah tu. Kalau pembangkang tidak mahu sokong, biarkan mereka yang rugi."

Tetapi kita perlu ingat, penyokong pembangkang adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia. Jadi mereka juga ada hak untuk bersuara (secara positif, aku harap). Walaupun 1Malaysia dianggap agenda nasional, sama seperti Wawasan 2020, tetapi hakikatnya ia dilihat tidak lebih daripada sebuah agenda politik semata-mata, setakat ini. Sedangkan Wawasan 2020 dilihat lebih terbuka sifatnya dan boleh diterima oleh ramai pihak.

Maka, menggerakkan seluruh jentera kerajaan untuk menjayakan 1Malaysia tidak lebih daripada menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik. Itu pandangan aku. Harapnya 1Malaysia dapat ditransformasi menjadi agenda nasional secara total, lalu ketika itu aku akan sokong seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menjayakannya.

Kedua, kita perlu lihat pengurusan atasan perkhidmatan awam di Malaysia. Sedari atau tidak, kebanyakkan daripada mereka adalah sekutu kuat parti politik yang memerintah. Mana mungkin mereka bersifat berkecuali dalam menjalankan tugas. Setiap agenda yang dijalankan oleh mana-mana agensi kerajaan pasti berkait rapat dengan agenda menteri yang berkuasa. Agenda menteri yang berkuasa pula lebih dilihat sebagai agenda populis di mana mereka menggunakan kementerian di bawah mereka untuk menjayakan usaha politik. Ada hasil yang baik menerusinya. Tetapi sedari atau tidak, setiap kali ada agenda terbaru, bau-bau politik tetap ada. Aku harap usaha kementerian dalam menjalankan sesuatu agenda tidak lagi berpaksikan kepentingan politik mana-mana pihak. Sebaliknya agenda yang dirangka adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata. Kalau begitu, barulah nampak perkhidmatan awam ini bersifat berkecuali.

Tetapi persoalannya, adakah DS Najib sanggup bertindak begitu? Sanggup membiarkan perkhidmatan awam berdiri sendiri dan menjalankan agenda-agenda untuk kepentingan rakyat semata-mata? Itu yang aku mahu lihat. Kalau dia berani melakukannya, aku berani menyokongnya. Kalau tidak, cakap seribu kali lagi pun, aku akan pandang dengan sinis.

Juga, kita tidak lupa dengan "Napoleon Kecil" dalam perkhidmatan awam. Ada. Tetapi aku lebih suka menggelar mereka "Sang Oportunis". Mereka adalah perosak perkhidmatan awam. Menggunakan pangkat yang ada untuk membodek dan merosakkan perkhidmatan awam. Golongan ini perlu dibendung sepenuhnya. Mereka tidak lebih dilihat sebagai manusia yang tamak haloba dalam merebut peluang yang ada. Sering aku lihat yang menjadi mangsa keadaan adalah sub-ordinat di bawah mereka. Sedang mereka terus melangkah jauh dalam arena kerjaya, mereka tinggalkan sisa-sisa kotor dalam mana-mana agensi yang mereka terajui.

Mantan Bos di pejabat pernah berkata, kita mahu bersaing dengan Singapura yang mempunyai perkhidmatan awam dianggap terbaik di dunia. Aku fikir, dalam keadaan sekarang, mungkin kita masih jauh untuk mencapainya. Pemimpin atasan dalam banyak agensi awam nampak begitu lemah dan tidak berfungsi dengan sewajarnya. Mereka tiada usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, sebaliknya menghabiskan masa dalam memperjuangkan agenda "kerjaya" mereka. Kalau ada pun, mereka masih dipengaruhi oleh agenda-agenda politik.

DS Najib, perkhidmatan awam perlukan revolusi. Perlu perubahan besar-besaran kalau benar DS Najib mahu perkhidmatan awam bersifat 'impartial'. Sehingga waktu itu, DS Najib hanya membuang masa dengan retorik semata-mata.

Give me a chance to believe that you are a very capable leader (like Tun Mahathir perhaps).

P/S: Ini adalah pendapat dan kenyataan peribadi. Bukan untuk sebaran dan diskusi umum. Harap Maklum.

No comments:

Post a Comment