26.1.10

Ini Bukan Titik Berhenti!

Kalau benar seperti yang diperkatakan, tidak ada apa lagi yang perlu dilakukan. Biarkan saja ianya pergi. Kamu mahu tahan, namun kamu sendiri sedar kamu tidak sekuat mana. Bukan kamu lemah tetapi kerana di sudut sana, lawan kamu adalah kekalahan kamu sendiri. Mana mungkin kamu akan menang?

Kerana di awal waktu sebegini, sedang pada mulanya jiwa kamu bergelodak seperti tidak boleh ditahan-tahan lagi, kamu mahu laungkan kepada dunia betapa kamu bakal miliki segalanya. Tetapi apabila baru hendak berjalan dan datang khabar berita tentang segala yang duka mengenai perjalanan itu nanti, kamu berputus asa dan kecewa. Lalu jiwa kamu bergelodak pula dalam sedih.

Langkah belum kamu mula.

Kamu sudah kecewa.

Benar kata orang di sekeliling kamu. Kamu takut hendak menghadapi realiti...

Bangun semula dari jatuh kamu itu. Mulakan langkah tanpa peduli berita itu. Itu sekadar berita dari orang lain.

Pergi. Pergi lakukan apa yang kamu mahu lakukan. Kecewa kamu simpan duhulu sehingga selepas itu, mungkin. Pergi. Jangan kamu peduli sedikit duri yang melintang. Itu sekadar duri. Ianya tidak akan membelah luas luka kamu. Ianya sekadar mencalar.

Pergi. Buat apa yang kamu sepatutnya buat sejak lama dulu. Kalau betul bagai dirasa, sekurang-kurangnya kamu luahkan jua. Agar mereka tahu. Agar mereka sedar. Apa saja penerimaan mereka selepas itu, terpulang. Kamu ketika itu nanti sudah melepasi garis peduli. Apa yang penting, mereka tahu.

Bangun dan pergi. Sekarang! Bukan esok, lusa atau tiga tahun lagi. Sekarang. Sementara kamu percaya, ruang yang ada itu sedang terbuka.

Mulakan!

5 comments:

Zulaikha said...

this post really motivates me..thanx bro!

Cik Eija said...

Wah, mcm kena gk dgn sy. Dpt motivate diri sendiri... :)

Ahmad Sharidan said...

Zulaikha & Eija: Motivasi? Menarik.

Aerol : Thanks. Saya akan pergi tengok.

AeroL 5ivE said...

ur welcome...perhaps to see ur next post...gud luck

Cik D said...

pakcik fairuz: awk jgn risau encik idan akan selalu update punyer.
encik idan: sy bodek ni..jgn lupa 1 pinggan ciken cop yer =)

Post a Comment