"Gelas ini tiada harga. Berapa harga gelas?"
"Tak tahu."
Terus beliau letakkan ke tepi gelas tersebut. Aku pula bertanya,
"Habis gelas itu macamana?"
"Saya tidak tahu harganya." Jawab beliau. Aku tanya lagi,
"Jadi, saya perlu pergi tengok berapa harga gelas di tempatnya?"
"Saya tidak boleh pergi, jauh sangat." Jawab beliau.
Agaknya mungkin kerana aku bukan jenis manusia yang suka berkonfrontasi. Aku biarkan saja. Tapi aku fikir juga. Giant adalah pasaraya besar bertaraf antarabangsa. Ada 102 cawangan di seluruh Malaysia. Kalau begini mutu perkhidmatan mereka, kenapa aku tidak pernah dengar komen orang di media massa?
Kamu cuba bayangkan pejabat aku pula. Kerusi rosak, masuk surat khabar. Bangunan rumah kedai yang menjadi sewaan pejabat buruk dan usang, masuk surat khabar. Orang datang ke kaunter, diberi tunjuk ajar isi borang dan apa yang perlu dibuat, datang balik ke kaunter dan masih tidak lengkap. Bila diberitahu ada perkara tidak lengkap, disalahkan dan dimarah penjaga kaunter. Bising satu dunia petugas kaunter tidak mesra. Tulis panjang-panjang komen di media massa.
Aku dan kamu sebenarnya sama. Kritikal terdapat perkara yang kita mahu kritikal. Tetapi sebaliknya diam membisu tentang perkara yang kita tidak peduli. Kita sebagai manusia adalah terlalu lemah dalam banyak perkara. Kita terlalu pentingkan diri sendiri.
Mungkin tadi, kalau ada 'floor manager', mahu saja aku suruh dia yang pergi tengok harga gelas tersebut. Tetapi sekali lagi aku kata, aku tidak suka berkonfrontasi. Nasib baik kamu Giant, kamu bukan sebuah parti politik atau ahli politik.
Tidak mengapa. Esok di pejabat masih ada gelas untuk digunakan.
No comments:
Post a Comment