28.1.10

Mula

Aku timbang semua beban di dalam genggaman ini. Aku memberi nilai dan meletakkan harga untuk setiap daripadanya. Lalu aku yakin, jawapannya sudah lama ada di depan mata. Tidak perlu lagi ada orang lain yang mahu memesongkan pendirian, mengaburkan keyakinan.

Tekad di hati hanyalah satu, semoga terluah jua apa yang dipendam. Itu saja. Seperti kata seorang sahabat tadi, ketika menunggu tibanya masa. Kata beliau, kamu luahkan semua, kemudian kamu letakkan keputusan itu di tangan mereka. Letakkan keseluruhannya. Kerana tugas dan daya kamu hanya setakat meluahkannya. Jawapan dan keputusan, itu milik mereka untuk menentukannya.

Apa jua hasilnya nanti, terimalah dengan hati yang terbuka. Sahabat sekurang-kurangnya mahu melihat ianya terhasil nanti. Lalu aku berjanji kepada beliau; aku pasti akan lakukan. Bermula selepas itu, sehingga tadi dan ketika sekarang, seterusnya masa yang mendatang, aku perlu kumpulkan segala keberanian yang ada.

Miliki hari ini!

No comments:

Post a Comment