19.1.10

Pilihan

Seorang sahabat baik mahu menemuramah aku untuk sebuah tabloid. Aku perlu menjawab soalan beliau dari sudut pro atau kontra, dan aku cuma boleh pilih satu sudut.

Agak sukar untuk aku melakukannya. Aku mahu persifat non-partisan. Sekurang-kurangnya aku percaya, tindakan aku bersifat non-partisan. Maka apabila dikemukakan soalan dalam keadaan 'terkawal', sukar untuk aku memberi jawapan bersifat menyebelahi mana-mana pihak. Kalau dalam keadaan spontan, mungkin. Malah selalu berlaku.

Untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak, bukan suatu perkara mudah. Kita sentiasa akan terpengaruh dengan keadaan. Apabila keadaan itu menyebelahi kita atau menguntungkan kita, maka ianya akan kita sokong dan kita puji. Begitu juga untuk menentang sesuatu perkara. Kita perlu ada sebab kenapa kita menentangnya. Bukan disebabkan pengaruh orang lain. Tetapi ianya mestilah berdasarkan analisis dan kefahaman kita tentang perkara tersebut.

Cuma, kita juga perlu sedar, banyak tingkah laku kita sebenarnya bersifat partisan. Dan aku ulang balik perkara di atas. Sekiranya perkara itu menguntungkan kita, pasti kita akan memilihnya. Itu adalah tindakan partisan tanpa kita sedar. Cara hidup ini menerangkan kita mana yang baik, mana yang buruk.

Tidak, bukan politik saja yang perlu ada pilihan. Hidup sentiasa ada pilihan.

No comments:

Post a Comment