7.3.10

Basikal

Melihat perut yang semakin gendut dan menyedari badan yang semakin lemah sana sini (ada yang sudah tahu. Hehe.), aku nekad untuk lakukan sesuatu. Lama sudah aku cari penyelesaian yang terbaik untuk diri sendiri.

Kemudian aku teringat satu perkara yang sangat menyenangkan aku suatu ketika dahulu. Semasa di sekolah, berbasikal adalah hobi paling suka aku lakukan. Kenapa? Kamu perlu tanya Amron Roni. Ianya satu alasan untuk kami keluar dari Maktab dan berbasikal keliling pulau. 74 Kilometer dalam masa lebih kurang 4 jam di atas basikal lumba. Dua bukit yang berliku dan kawasan yang sangat kuat angin lintangnya perlu ditempuhi. Berhenti di 7Eleven Teluk Bahang, kami akan berehat sambil makan dan minum.

Itu dulu, ketika kudrat masih kuat dan ketika adrenalin masih membara di dalam badan mendesak aku sentiasa berani dan gila.

Siang tadi, aku beli basikal. Sebuah Mountain Bike jenama Giant, model ATX660, berwarna kelabu. Sistem gear yang menggunakan 'rapid-shifter' dan brek centilever. Mulanya aku mahu tukar kepada sistem brek disk. Tetapi setelah dinasihatkan oleh tuan kedai, aku kekalkan dengan sistem brek sedia ada. Aku pasang odometer untuk memudahkan pemantauan. Tayar sudah ditukar menjadi semi offroad (lebih sesuai untuk permukaan jalanraya). Itu modifikasi minima buat permulaan. Asalnya, aku mahu saja beli model/jenama yang lebih mahal. Tetapi memikirkan ini sekadar permulaan, aku bertegas dengan diri sendiri.

Ini contoh basikal yang sudah aku miliki.



Frame basikal bersaiz S, antara paling kecil. Jangan hairan, kebanyakkan orang kita cuma sesuai dengan frame saiz S, untuk ketinggian orang antara 5'4" - 5'-7".

Selesai urusan berjual beli, cadangnya aku mahu terus bawa balik ke rumah. Tetapi memandangkan aku perlu keluarkan basikal, bawa masuk rumah dan esoknya aku perlu masukkan balik ke dalam kereta dan bawa ke pejabat, aku berubah haluan dan terus saja ke pejabat untuk menyimpannya di sana. Aku akan guna di pejabat, setiap petang (inshaAllah) untuk senaman. Itu tujuan utama. Putrajaya penuh dengan lingkaran trek untuk berbasikal. Jadi amat membazir jika tidak digunakan sepenuhnya.

Sampai di pejabat, setelah selesai memasang tayar hadapan (alignment masih tidak betul. Esok pagi aku perbetulkan), aku mencubanya untuk pertama kali. Seorang staf pejabat yang kebetulan ada di situ tertarik melihat telatah aku. Lalu dia minta untuk mencubanya juga. Satu pusingan. Tersenyum lebar. Dia minta untuk mencuba lagi. Kali ini pusingan yang lebih jauh.

"Best basikal ini. Ringan. Selesa untuk ditunggang." Komen beliau.
"Sudah pasti. Bersesuaian dengan harganya." Jawab aku, ringkas.

Mungkin sedang bermain-main di kepalanya untuk membeli sebuah juga. Aku minta izin mengundur diri untuk menyimpan basikal di pejabat.

"Dan, kau tak mahu cuba dulu ke?"
"Esok sajalah."

Esok pagi, aku perlu perbetulkan dulu alignment tayar hadapan dan araskan balik brek. Esok, kalau cuaca nyaman dan sesuai, aku mahu berbasikal!

4 comments:

baby cute said...

bestnyer bleh pinjam....hehehe semoga ape yang dihajati tercapai....

Ahmad Sharidan said...

Hajat untuk kurus dan fit, itu saja.

nAd!t0zA said...

nak pinjammm... cam best ja berbasikal.... huhuhhu

Ahmad Sharidan said...

Boleh.. meh dtg tkt 3. hehehe.

Post a Comment