18.3.10

Belon Udara Panas Kembali Di Putrajaya!

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya / Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010 kembali!

Seawal jam 8.00 pagi tadi lagi belon-belon udara panas sudah dinaikkan ke angkasa. Belon paling menarik tahun ini adalah belon berbentuk kepala Darth Vader, watak antagonis filem Star Wars. Belon-belon lain ada yang sudah menyertai tahun lepas.

















Belon dari New Zealand yang menghampiri pejabat (lebih kurang 20 meter saja) sambil melambai tangan dan merakam kami yang sedang menonton. Aku rakam balik aksi mereka. Heh.



Belon kepala Darth Vader! Rugi aku tidak sempat rakam dari sudut hadapan.



Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan belon udara panas di Putrajaya sehingga Ahad ini. Datang awal pagi kerana angin agak tenang (belon udara panas hanya akan naik jika angin bertiup tenang). Datang pada sabtu malam untuk menyaksikan persembahan hebat "night glow".

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.myballoonfiesta.com

3 comments:

bella kornikova said...

teringat kenangan semasa berusia 5tahun.seronok naik di atas buaian putih di rumah nenda di Klang.melihat balloon udara panas sungguh menyeronokkan ketika itu!!

baby cute said...

wah ruginyer x gi tengok thun nie...

Ahmad Sharidan said...

Meh datang.. sempat lagi!

Post a Comment