12.3.10

Buat Pilihan Sekarang (Mungkin Ada Telefon Percuma Untuk Diberikan!)

Mahu tahu berapa bil Celcom 10 tahun lepas yang masih belum aku jelaskan? RM987.36!

Banyak.

Tapi itu ketika aku bodoh sangat dengan tiada pekerjaan, ambil line berbayar yang ditawarkan. Kononnya aku boleh bayar bila dapat kerja nanti (ketika itu sedang sibuk memohon kerja). Macam aku katakan sebelum ini, lari macamana pun, bila tiba masanya, ianya akan datang balik kepada kita.

Aku beritahu kamu bahawa aku menang sebuah telefon Blackberry hasil penulisan aku di blog ini. Tetapi syaratnya aku perlu mendaftar sebagai pengguna berbayar untuk Celcom. Kadar minima bayaran bulan dengan kontrak selama 12 bulan adalah RM118 sebulan.

(RM118 x 12) + RM987.36 = RM2403.36

Berbaloi atau tidak RM2403.36 yang aku perlu belanjakan untuk memperolehi sebuah Blackberry Curve 8250? Basikal aku pun tidak semahal itu. Harganya juga hampir sama dengan sebuah iPhone yang boleh aku beli menggunakan sistem prepaid saja.

Oh, satu unit modem dengan akaun broadband Celcom bersama penggunaan percuma selama sebulan juga termasuk dalam set hadiah yang diterima.

Maka aku fikir begini;

  1. Aku mahu tawarkan kepada sesiapa pengguna Celcom berbayar sedia ada yang berminat untuk membantu aku memperolehi Blackberry itu tanpa apa-apa syarat. Kononnya kamu bermurah hati hendak tolong. :-) Tetapi kamu perlu tambahkan kontrak selama 12 bulan di akaun kamu; atau
  2. Kamu mahu telefon Blackberry itu dan berkata kepada aku, "Bagi free sajalah Idan. Kira amal jariah kepada orang lain."
Janggal, aku tahu. Berbeza sungguh tawarannya. Mari kita buat kajian sosial mengenai kehendak manusia. Apa pilihan kamu?

====

Update

MAAF, CADANGAN DITUTUP. SUDAH ADA YANG AMAT SUDI MENOLONG. :-)

2 comments:

RiHiKi said...

2nd choice~huhuhu

Ahmad Sharidan said...

Hehehe... Korang dah naik gred gaji, mesti boleh afford one.

Post a Comment