7.3.10

Hari Pertama Berbasikal

Hari ini, hari pertama aku berbasikal di Putrajaya. Melihat cuaca petang yang redup dan nyaman, aku terus bergerak ke pejabat, siapkan basikal dan keluar untuk berbasikal. Ada sahabat yang datang melihat. Dia juga sudah tertarik. Kalau cukup korum nanti, boleh ditubuhkan kelab berbasikal di pejabat. :-)

Sebelum itu, ambil gambar dulu. Aku tidak membawa kamera EOS 400D kerana terlalu besar. Jadi aku cuma gunakan kamera telefon. Hasilnya masih menarik. Gambar pertama adalah gambar basikal aku berlatar belakang pejabat. Tidak ada modifikasi besar-besaran, kecuali menukar tayar (sahabat kata harnya lebih mahal daripada tayar motosikal. Heh... )


Sebagai peringatan untuk diri sendiri yang sedang gemuk, aku rakamkan gambar sendiri dengan basikal. Beli basikal mahal, biar pastikan hasilnya berbaloi. Helmet pun aku beli, untuk keselamatan. Kata tokey kedai, helmet aku matching sangat dengan warna basikal. Biarlah, yang aku tahu ianya warna kelabu. Aku rabun warna.


Aku bermula mengayuh basikal (aku set permulaan) dari Masjid Besi dan cuba mengayuh sejauh mungkin. Hasilnya, lebih kurang 13 kilometer dan hampir sejam kemudian, aku sudah mengelilingi pulau utama (core island) yang terdapat di Putrajaya. Purata kelajuan sekitar 19 - 20 km/j dan sekala sekala aku berhenti dan memperlahankan kayuhan, bukan kerana letih. Aku terpana melihat permandangan Putrajaya dari sudut yang tidak pernah aku lihat. Sampai di satu tempat,

"Ah, aku tidak pernah tengok permandangan ini!"

Tempat lain,

"Wow, menariknya. Tak sangka ada di Putrajaya!"

Tempat lain lagi,

"Ini pun aku tak pernah lihat!!!"

Tidak penat kerana laluan agak mendatar tetapi 'bumpy'. Agak menyesal tidak beli basikal yang ada absorber belakang. Giant ATX 660 cuma ada absorber depan. Separuh jalan, punggung sudah terasa sakit dek kerana nipisnya pelana basikal.

Namun begitu, buat permulaan hari, 13 kilometer sudah memadai. Tidak letih, lebih teruja. Masa asas yang aku catatkan adalah 54 minit. Esok dan beberapa minggu mendatang, aku cuba perbaiki masa yang aku catat. Kalau boleh, aku mahu cantas sekurang-kurangnya 5 minit daripada masa catatan pertama.

Cuma ada satu masalah. Permandangan di Putrajaya begitu cantik untuk dibiarkan berlalu pergi. Ada kalanya kamu kena berhenti dan menikmatinya.



Seperti di penjuru sunyi ini apabila aku melihat Jambatan Wawasan. Stunning.

Oh, well...

Bermulalah hobi baru (hobi lama dilaksanakan kembali), berbasikal. Mari, sertai aku!

4 comments:

ilah said...

Haha takboleh lawan ak..dah turun 6 kg dm masa 2 bulan..Nampak slim da skrg.banyak baju dah boleh pakai..Semoga berjaya

baby cute said...

tahniah..sekurang2 nye lebih dri 10km utk pertama kli.

Ahmad Sharidan said...

Ilah, hang ambik JM5 boleh la. Tapi kalau tak senaman, tak sihat juga. Ajak ayah pegi jogging sama!

Baby Cute, lain kali jom join sekali! Hehehe.

wanshah said...

uih.. ada background JPN la kat situ. huhuhuhhh..

Post a Comment