Susah hendak menjadi manusia yang perasaannya tidak nampak dek orang lain. Kemarahan, kebencian, kecewa, gembira, ceria tidak nampak di mata orang lain. Orang akan berkata,
"Betapa bosannya hidup dia"
Aku mahu jadi sebegitu. Biarkan semua perasaan itu hanya aku yang tahu. Tetapi amat susah hendak dilakukan. Kamu perlu lari dari semua orang dan tinggal jauh tanpa ada sesiapa di sekeliling kamu. Lalu kemudiannya orang akan gelar kamu kera sumbang.
Lihat, kita mudah memberi label kepada manusia; kera sumbang, kayu, bebal, cantik, menarik dan segalanya. Label yang menunjukkan keperibadian orang lain di mata kita.
Perlukah ada semua label ini? Bagi aku ianya juga adalah satu tahap "sense of authority". Menilai manusia mengikut acuan perasaan kita. Menentukan apa yang orang lain patut jadi di mata kita.
Jangan pula kata aku sekarang terpengaruh dengan Buddha. Kadang-kadang pemikiran sebegini terlintas di hadapan kita. Ada antara kita mengabaikannya kerana tidak nampak apa rasional berfikiran sebegini sedang enam bilion manusia lain tidak mempedulikannya.
Aku tidak mahu jadi cliche sifat manusia lain.
4 comments:
This comment has been removed by a blog administrator.
manusia memang ada sifat itu. bagi mereka melabel sudah menjadi satu perkara wajib. bagaimanapun adalah tidak adil mengatakan semuanya begitu. but most of them, yes.
dari sudut lain, biarlah mereka melabel. cuba bersangka baik. sekurang-kurangnya kita tahu masih ada yg ambil berat akan diri kita drp org tidak peduli langsung tak kira dlm sisi apa sekalipun kita.
setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri...biarlah asalkan mereka bahagia dengan cara mereka.
Jangan jawab di sini. Jawab di dalam hati; sejauh mana kita sering memberi label kepada orang lain dan keikhlasan kita melakukannya. Memberi label bukan semuanya buruk. Tetapi memberinya itu sendiri, apa tujuan sebenar kita.
Post a Comment