2.3.10

Mengubat Hati

Menjenguk ke bilik Fatin di pejabat tadi (P.A. ada bilik sendiri bersebelahan bilik Bos), aku dapati ada beberapa buah buku Yellow Pages di atas meja beliau. Aku tanyakan Fatin, untuk apa semua buku itu. Jawabnya untuk edaran dan simpanan.

Aku lihat wajah Fatin agak suram. Tahu dengan 'masalah' yang mungkin dia sedang hadapi, aku capai sebuah buku Yellow Pages dan membelek-beleknya.

"Saya nak tengok perkhidmatan bermula dengan huruf H"
"Nak cari apa?" Tanya Fatin.
"Nak cari perkhidmatan 'How To Mend A Broken Heart'" Jawabku, ringkas.

Kami ketawa.

Oh, betul. Kamu patut mulakan perkhidmatan itu. Ramai orang yang sedang bersedih hati di luar sana. Iklankan di Yellow Pages agar senang orang mencarinya.

6 comments:

Cik D said...

kalau ada sudah lama saya jadi pelanggan tetap =)

bellaa said...

me too~

Ahmad Sharidan said...

Hehehe...

Ada satu lagi servis yang boleh dicadang,

"How to be happy always"

Rules No. 1:
Hargai diri sendiri.

IRA said...

free ke servis tu?

:)

Ahmad Sharidan said...

Hehehe... Beli 5, free 1.

aku_ayu said...

sweet lah post ni. pandai idan menceriakan fatin.

Post a Comment