17.3.10

Taman Wawasan Trail

Petang tadi aku mencari-cari jalan baru untuk diredah. tiba di Taman Wawasan, aku daki jalan berbukit dan inilah hasilnya. Aku temui laluan yang cukup bagus untuk aku berbasikal. Ada laluan lurus, mendaki bukit dan permandangan yang indah.

Pintu masuk Taman Wawasan di belakang Kompleks Kementerian Kewangan.


Salah satu trail yang menarik di Taman Wawasan.

Maaf, aku agak kepenatan dengan bunyi nafas yang kuat kerana tidak menjangka bukit ini agak tinggi. Sedikit malu juga kerana aku lihat beberapa orang perempuan yang berjogging di sini langsung tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan. Nampak sangat aku perlu berusaha lagi.

Kalau kamu berkunjung ke Putrajaya, bersiar-siarlah di Taman Wawasan. Segar dan mempunyai permandangan yang cukup indah.

Permandangan menarik Masjid Putra dan Jambatan Putra dari Taman Wawasan.

Basikal yang semakin serasi. Hehehe.


Trail di Taman Wawasan Sebelah kanan di kawasan bekas ladang getah, amat sesuai sekiranya dibina trail mountain bike dalam bandar. Kawasannya cukup luas dan berhampiran dengan kompleks kerajaan.

Trail yang sama. Lihat sebelah kiri jalan, bekas ladang getah yang sesuai dijadikan trail mountain bike dalam bandar.

Cuma kawasan ini agak sunyi. Jadi minta berhati-hati. Jangan pergi seorang diri. Pintu masuk utama ke Taman Wawasan terletak di belakang Kementerian Kewangan. Tetapi kamu boleh juga masuk dari kawasan Wisma Putra dan juga dari tepi Jambatan Putra berhampiran Masjid Putra.

4 comments:

baby cute said...

sangat menarik tuk berjoging dan bersantai di waktu petang...hehehe

RiHiKi said...

betol2 blakang ofis saya..

Anonymous said...

Assalammualaikum, saudara Ahmad Sharidan, sekiranya boleh, saya ingin minta kebenaran untuk menggunakan gambar-gambar diatas untuk dimasukkan dalam case study saya mengenai taman di Putrajaya.

Ahmad Sharidan said...

As Salam,

En. Tanpa Nama (Patut letak nama), silakan. Saya tidak ada halangan untuk sesiapa pun guna gambar (bukan potret manusia) di dalam blog ini. Harap maklum.

Post a Comment