15.3.10

Ujicuba Kamera Digital Baru

Seperti yang kamu maklum, aku sudah beli sebuah kamera digital baru, Sony DSC-W350. Ianya digunakan secara khusus semasa aku berbasikal, mengambil gambar dan merakam video. Kebetulan siang tadi cuaca agak redup tetapi permandangan masih cantik. Aku rakam beberapa shot untuk melihat potensi kamera digital Sony ini.

Hasilnya begini:











Secara keseluruhan, aku agak berpuas hati dengan kamera baru ini. Mod yang disediakan amat mudah untuk digunakan oleh sesiapa saja ketika mengambil gambar. Walaupun kamera ini tidak boleh ditukar setting semaksima mungkin, setting sedia ada sudah cukup untuk merakamkan gambar yang agak baik.

Dengan harga RM800 - RM900, aku fikir ianya agak berbaloi dengan hasil yang aku perolehi. Cuma kalau kamu sudah biasa dengan DSLR, jangan harapkan keajaiban. Tiada.

3 comments:

NM. Amalina said...

lawa sangat.
:D

baby cute said...

NICE.

Ahmad Sharidan said...

Hehehe... Kalau cuaca elok lagi petang ni, akan ada gambar yg lebih menarik. InshaAllah.

Post a Comment