3.15 pagi. Sepatutnya aku sudah tidur. Esok perlu ke pejabat. Tetapi sepanjang hujung minggu, tidur aku tidak pernah awal dari jam lima pagi.
Malam tadi aku habiskan masa dengan menonton Avatar. DVD yang aku beli (kamu boleh teka sumbernya) cukup berkualiti dan memuaskan. Dua kali aku menonton Avatar di pawagam; satu versi biasa dan satu lagi versi 3D. Namun apabila menonton di skrin LCD dengan keupayaan untuk berhenti di pertengahan jalan, kita akan nampak 'detail' cerita tersebut dengan lebih jelas lagi. Contohnya, Na'vi original adalah kidal sementara Na'vi avatar menggunakan tangan kanan. Kisah mengenai empat dan lima jari, semua orang sudah tahu. Banyak lagi perkara yang kamu pandang sepintas lalu di pawagam, dalam DVD nampak lebih jelas. Mungkin selepas ini aku perlukan TV LCD bersaiz 32 inci. Hehehe.
Aku juga menonton Wall.e, hanya kerana aku sudah lupa adegan di dalam kapal angkasa Axiom. Ianya masih menghiburkan.
Aku siapkan satu page Facebook untuk pejabat (secara tidak rasmi). Ini kerana aku tidak berminat untuk letak koleksi gambar aktiviti pejabat di ruang Facebook peribadi. Jadi, selepas ini, semua aktiviti pejabat yang dirakam oleh lensa kamera aku, akan dimuat naik ke page Facebook pejabat (tidak rasmi).
Aku juga sempat bersiar-siar di kompleks membeli belah. Tidak ada apa yang aku beli. Aku terlihat promosi kamera DSLR Canon 400D dengan harga RM1,399. Dulu aku beli set yang sama dengan harga RM2,300! Lebih mengujakan aku apabila aku dapati di kotaknya tertera, "18 - 135 IS USM lense"! Oh, dengan RM1,400, ianya sudah jauh menjimatkan! Bila aku bertanya kepada jurujual, hasrat aku terbantut. Lensa begitu tidak disertakan bersama. Sebaliknya lensa 50mm 1.8f ditawarkan sebagai ganti. That is lame. Aku tidak berminat dengan fotografi potrait. Aku lebih berminat fotografi landskap. Jadi lensa 50mm 1.8f, walaupun agak cool, bukanlah selera aku.
Aku beli DVD permainan video, Civilization IV. Ianya termasuk dengan CIV IV: Colonization. Kepada sesiapa pemain video games lama, era awal 90an, Colonization adalah antara game paling menghiburkan. Tetapi entah bila aku akan bermainan dengan permainan video tersebut. Banyak games di dalam laptop ini terbiar tanpa dimainkan.
Aku makan spageti bebola daging - panggang di restoran Vivo, di The Curve. Sedap tetapi aku tidak suka. Ada yang jauh lebih sedap.
Esok, ahad, aku perlu ke pejabat lagi. Mari temani aku.
No comments:
Post a Comment