19.5.10

Parit

Ketika aku bercuti di kampung tempohari, aku merayau-rayau di sekitar daerah Perak Tengah. Aku tiba di pekan kecil Parit untuk mengisi minyak dan berehat seketika. Kali terakhir aku ke sini adalah pada tahun lepas, ketika hari ke-3 raya Aidil Fitri.

Aku tidak tahu sangat sejarah pekan Parit. Jadi tidak perlu aku memandai cerita. Suasana pekan kecil ini begitu tenang dan tidak banyak kenderaan, kecuali di persimpangan menuju ke Ipoh/Batu Gajah. Menariknya di pekan Parit ini, rumah kedai lama diwarnakan dengan warna yang sama. Jangan tanya aku warna apa, tengok sendiri. Aku rabun warna dan tidak pasti warna apa. Kuning?







Di tebing sungai, kelihatan sebuah perahu kecil ditambat di tebing, berpayungkan pohon hujan-hujan. Air sungai Perak yang mengalir lesu agak keruh tetapi masih kelihatan 'majestic'. Aku teringat Ain yang berasal dari sini, ya? Foto di atas adalah hadiah untuk Ain dan suami. :-)

1 comment:

Ain said...

Assalamualaikum Idan..

Bila baca entry ni saya terdiam tak terkata apa-apa.. Pekan 'koboi' yang tenang ni (kecuali pada pagi Isnin-ada pekan sehari) memang menggamit rasa rindu.

Sejarah Pekan Parit setakat yang saya tahu sewaktu menjadi penyelia di Pusat Internet Desa (di Pejabat Pos), pekan ni di beri nama Parit kerana disekelilingnya ada parit yang besar dan dalam; dibina dan digunakan oleh rakyat tempatan sebagai benteng sewaktu menentang penjajah. Sejauh mana benarnya saya tak pasti tapi inilah versi yang saya dapat dari Tok Penghulu dahulu..

Thanks for the lovely pics, Idan.

Post a Comment