Dalam lif di pejabat, aku pegang majalah National Geographic keluar Mei 2010 yang baru aku beli. Seorang staf melihat majalah tersebut di tangan.
"Buku apa tu Dan?"
"National Geographic terbaru" sambil aku tunjukkan kulit majalah tersebut (bukan kulit sebelah).
"Rajin kau baca buku macamni ya Dan?"
"Saya belajar Bahasa Inggeris begini." Jawab aku ringkas.
"Dulu di perpustakaan ada mereka langgan majalah ini tiap-tiap bulan." Sambung aku lagi.
"Ye ke?"
"A ah. Tapi mereka batalkan langganan."
"Kenapa?"
"Mereka kata tidak ada orang yang baca majalah ini."
Staf tadi cuma tersenyum.
Menonton rencana National Geographic di televisyen adalah sangat menarik. Aku tahu ramai yang meminatinya. Tetapi tidak ramai yang mahu membaca majalah National Geographic.
Bagi aku, National Geographic adalah majalah yang amat baik untuk sesiapa saja. Harga mungkin agak mahal (RM14.50), namun pengalaman membacanya begitu berguna. Tidak semua ceritanya menarik. Tidak semua ceritanya juga bersifat bebas. Tetapi bagi, berbanding majalah hiburan, National Geographic adalah sejuta kali lebih berfaedah.
Sekarang aku terpaksa belanjakan RM14.50 setiap bulan kerana perpustakaan pejabat sudah tidak melanggannya. Biarkan. RM14.50 untuk sebuah majalah sebegini, sangat berbaloi.
No comments:
Post a Comment