11.5.10

Sedang Sibuk

Aku sedang bertungkus lumus menyiapkan projek di pejabat. Kadang-kadang aku abaikan suasana sekeliling; pakai headphone di telinga dan sambil mendengar lagu, aku menyiapkan kerja. Ketika aku laju menyiapkan kerja, aku kurang suka apabila diganggu. Aku tidak mahu orang datang dekat dengan aku sama ada untuk meninjau perilaku aku atau untuk berbual. Biasanya aku akan mendiamkan diri, tanpa berkata apa-apa pun.

Ini belum sampai mod aku memasang lagu Muzik Tarian Malaysia. Kalau ianya sudah dipasang sewaktu aku melakukan kerja, itu bermakna aku perlukan tumpuan penuh. Ketika itu, tidak guna kamu menjerit di telinga aku. Aku tidak akan peduli.

Ada ketika aku tidak akan menjawab panggilan telefon atau membalas SMS yang dikirim. Harap faham keadaan dan aku mohon maaf.

Tunggu selepas hujung bulan ini, kita boleh kembali mesra seperti biasa. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment