Tadi selepas solat Jumaat, aku merayau-rayau di tapak karnival Hari Belia Negara di Putrajaya. Aku mencari makanan untuk dimakan. Setelah membeli sebungkus Char Kuay Teow (harga naik kerana sewa tapak yang mahal - kata pengurus gerai), aku mencari makanan lain yang boleh aku cuba.
Aku ternampak gerai makanan Turki yang menjual kebab dan aiskrim Turki, juga dikenali sebagai Dondurma. Aku pernah melihat dondurma sebelum ini tetapi tidak pernah mencubanya. Dondurma lebih likat dan lambat cair berbanding aiskrim biasa. Malah penjual tadi menunjukkan demo bagaimana aiskrim itu diterbalikkan tanpa isinya tumpah setitik pun.
Biasanya penjual akan menyimpan dondurma di dalam bekas khas. Tadi aku lihat ianya kotak kayu berlubang tiga dan lubang tersebut dikeliling besi dan diisi dondurma didalamnya. Sebatang besi pengacau sepanjang lebih 1 meter digunakan untuk menguli dondurma setiap masa agar tidak menjadi terlalu keras. Dua 'scoop' dondurma (aku pilih perisa coklat dan vanila) berharga RM3. Agak mahal berbanding aiskrim biasa tetapi cukup sedap. Kamu lihat gambar di atas, dondurma kelihatan seperti 'gummy' atau bancuhan tepung yang liat. Tetapi apabila masuk saja kedalam mulut, kamu akan terasa enaknya. Tida terlalu manis dan sedikit kenyal.
Bermula hari ini hingga ahad nanti, Karnival Hari Belia Negara akan berlangsung di Putrajaya. Kalau kamu tidak ke mana-mana, boleh datang mengunjunginya nanti. Tapak pameran dan aktiviti terletak di pulau utama (core island). Jalan sekeliling pulau ditutup, jadi kamu perlu menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan. Jangan lupa mencuba Turkish Ice Cream atau Dondurma!
Aku balik kampung. Heh.
No comments:
Post a Comment