Atau dalam situasi yang kurang selesa (seperti gambar di atas yang mana beliau agak malu), potret yang terhasil lebih daripada cukup untuk menggembirakan aku. Aku perlu akui, fotografi potret bukanlah sesuatu yang aku boleh lakukan dengan baik.
Kemudian ada waktunya, Fatin is simply stunning. Kamu lihat keliling bila merakamkan gambar ini dan suasananya adalah biasa saja. Tetapi apabila melihat hasilnya di dalam laptop, aku terkejut. Macamana boleh jadi sebagus ini? Mungkin shadow di belakang agak keterlaluan dek kerana flash built-in yang aku guna (bateri flash 430EX habis), tetapi masih menarik untuk dilihat, bukan?
Paling aku suka bila dapat merakam wajah Fatin tanpa disedarinya. Aku kadang-kadang perlu jadi paparazzi; merakam dari jauh kerana kalau aku datang dekat, pasti dia akan melihat kamera dan memberi pose yang istimewa. Gambar kandid seperti di atas lebih menyerlahkan suasana sebenar; seorang manusia yang periang.
Nah.. Jangan andaikan bukan-bukan. She's simply my muse in photography.
No comments:
Post a Comment