29.10.09

Sebabnya



Woohoo!
Gramedia sudah dibuka di The Mines. Sekarang ada alasan untuk aku pergi sana setiap hari, setiap masa. Cuma masalahnya, koleksi Bahasa Inggeris agak terbatas berbanding koleksi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.

Aku juga sedang kumpul duit untuk dapatkan iPod Shuffle. Kenapa? Aku perlukannya sewaktu senaman di gimnasium dan berjogging (mungkin). Sekarang aku guna handset dan ianya agak membataskan pergerakan aku. iPod Shuffle cuma berharga RM200++. Tidak perlu iPod Nano kerana ianya terlalu besar.

Kalau kamu berminat hendak membeli komputer jenama Apple dengan murah, pergi ke Switch The Mines kerana mereka sedang membuat promosi menjual Mac lama (Mac baru sudah keluar). Sebuah Macbook putih berharga cuma Rm2600++ dan iMac cuma berharga RM3000+. Murah.

Slow-slow.

4 comments:

Cik Eija said...

Tak ajak saya pergi mines pun... :(

Ahmad Sharidan said...

Jom pegi!

halimatun sadiah said...

sy tertanya2 jugak..idan selalu gi the mines..mungkin kiter pernah terserempak...mungkin juga area rumah idan kat seri kembangan@ serdang @putrajaya...

halimatun sadiah said...

sy tertanya2 jugak..idan selalu gi the mines..mungkin kiter pernah terserempak...mungkin juga area rumah idan kat seri kembangan@ serdang @putrajaya...

Post a Comment