23.10.09

Selepas Terbeban, Ketenangan...

Siang tadi selesai beban kerja yang mengambil masa lima hari untuk disiapkan. Kalau bunyi lima hari itu, rasa macam sedikit. Hakikatnya, lima hari yang berlalu adalah beban paling berat setakat ini dalam tugas yang dilakukan.

Terpaksa bersengkang mata hampir setiap hari sepanjang waktu itu untuk mengolah semula slide yang lebih 200 semuanya bukanlah satu kerja yang mudah. Tambahan pula tiada seorang pun dalam ahli kumpulan yang terlibat boleh menggunakan Apple Keynote dengan baik. Jadi semua kerja yang asalnya teragih kepada beberapa orang akhirnya menimbun pada aku untuk diterjemahkan kepada bentuk slide Keynote.

Siang tadi di kala masa cuma tinggal beberapa minit sebelum persembahan, aku masih sempat menghasilkan montaj permulaan kerana montaj rekaan asal gagal berfungsi dengan sempuna. Aku guna apa yang ada dalam Keynote, itu saja.

Sempat juga aku berfotografi untuk menghilangkan rasa terbeban di benak dan merehatkan minda sebelum pertandingan bermula. Potret di bawah, aku tersenyum. Sebenarnya di dalam jiwa bergelodak, rasa mengantuk yang amat sangat dan lapar serta dahaga.



Selesai tugas, hati rasa amat lega walaupun diketahui ada banyak salah dan silap. Lima hari untuk persediaan KMK/KIK memang tidak masuk akal.

Esok petang akan bermula cuti aku yang sebenar di Pulau Langkawi. Bateri kamera sudah dicas. Polariser juga sudah aku beli (agak murah di Langkawi). Tunggu saja hasilnya nanti, ya. Cuma agak ralat kerana ada orang yang mengikut. Maka, tidak boleh aku mengikut kepala aku saja. Mereka juga mahu membeli belah (sesuatu yang aku tidak rajin untuk melakukannya) dan island hopping. Berkenaan island hopping, aku amat bersetuju. Berkaitan shopping, mungkin sekadar beberapa pek coklat (untuk mereka yang mengirim dan untuk dihadiahkan kepada orang tertentu).

Jangan ganggu ya. Aku mahu rehat.

7 comments:

aliah yaacob said...

nak coklat!!!!

eturun sana !!!

aliah yaacob said...

opss salah ..

esok turun sana

Anonymous said...

dan result kmk cmne lak?

Ahmad Sharidan said...

Lea... I takde sampai ahad.

Tanpa Nama : Belum tau. Tapi sure tak menang.

OrAnGE_NemeSIs said...

nape tak boleh guna

Ahmad Sharidan said...

Format tu Apple tak boleh baca.

OrAnGE_NemeSIs said...

ooooo....yang .exe tu ek...kena buat yang lan la ek?

Post a Comment