19.10.09

Muka Buku

Sekarang, pusing keliling dan hampir semua orang yang aku kenal ada akaun Facebook. Semalam juga bila aku tengok statistik di Alexa.com, Facebook sudah menjadi laman web paling ramai dikunjungi di Malaysia. 

Seingat aku, pernah hampir setahun lalu aku mahu batalkan saja akaun Facebook dan Friendster aku. Tetapi sekarang hampir setiap minggu ada saja permintaan untuk add Kawan di dalam Facebook. Kemudian ada senarai yang panjang sahabat yang aku kenal yang dicadangkan oleh orang lain untu aku tambah. Nampaknya memang Facebook sedang meletup di Malaysia. Mungkin generasi pengguna Friendster sudah 'sedar' dengan kewujudan Facebook.

Bagi aku, Facebook sudah membantu aku menemui beberapa orang yang sudah lama aku cari. Sahabat baik aku - Tan Ju Lin, kakak angkat aku - Kak Rafizah dan buddy aku - Ida Izwani a.k.a Yellowsunblaze. Kalau tidak kerana Facebook, rasanya tidak mungkin aku boleh temui mereka kembali.

Tetapi aku bukanlah seorang yang amat aktif dengan Facebook. Kalau orang lain boleh bermain dengan FarmVille dan MafiaWars, aku tertanya-tanya mana datang waktu santai mereka. Begitu juga dengan tools yang begitu banyak di Facebook. Aku langsung tidak sentuh. Malah, kalau kamu kirim jemputan untuk aku menyertainya, aku akan ignore saja.

Dalam Facebook, aku tidak lebih daripada meninggalkan status dan melihat status orang lain. Itu saja. Mungkin kerana aku mempunyai blog. Blog aku amat aktif dan ini menyebabkan aku kurang memberi tumpuan dengan Facebook. Bagi aku, blog aku adalah lebih utama daripada Facebook. 

Ada juga perkara yang tidak selesa di Facebook. Dulu aku tinggalkan alamat blog aku di situ. Sekarang aku sudah padam. Bos aku sendiri adalah ahli Facebook. Takde kerja aku nak promote blog aku di situ!

4 comments:

Ahmad Sharidan said...

Err... No comment. Yang baik ambil, yang buruk, buang.

atyn said...

saya mau buang juga laman blog saya di fb la h .
haaaa . ;)

Ain said...

Seronok bila dapat jumpa kawan lama dalam Facebook. Merapatkan silaturahim rasanya agenda Islam juga, kan? Boleh la tu.. asalkan jangan sampai leka. Kalau tengok tv sampai lupa nak solat pun takkan nak salahkan tv, remote kan ada kat tangan hehehehe

halimatun sadiah said...

"ade aku kesah?"tu yg sy akan ckp pd org yg kater tu semua agenda yahudi...dlm diri sendiri yahudi tak pernah nk amek tau..
baik buruknyer kiter yg kena pandai bezakan..papepon ia membuatkan aku kembali menemui kwn2 zaman kanak2.tak ke itu satu kebaikan fesbuk dr dok sebuk2 pk hal agenda yahudi.bak kater nabil "lu pikir ler sendiri" =)

Post a Comment