25.10.09

Lensa Kamera Rosak!!!

Aku fikir aku boleh menjalankan aktiviti fotografi sepanjang di Langkawi. Hari pertama "bercuti", lensa kamera rosak. Lensa kamera yang aku beli cuba beberapa bulan lalu, rosak.

Kecewa sungguh. Hingga aku jalan dari kedai ke kedai mencari lensa ganti. Namun kerana kekurangan modal, aku batalkan hasrat untuk membelinya. Aku tergerak juga hendak membeli kamera digital biasa saja. Tetapi aku rasa ianya perkara yang membazir. Jadi aku biarkan saja hari-hari cuti aku di Langkawi tanpa gambar yang menarik untuk dipertontonkan kepada kamu.



Pengajaran, sediakan lensa backup. Pengajaran juga, jangan menggatal kejar shot burung terbang dengan lensa yang tidak cukup kuat. Pengajaran, jangan guna Tamron. Tetapi kerana ianya masih dalam waranti, jadi aku terus gunakan saja buat masa ini hingga ada modal untuk membeli lensa baru. Ada yang berminat untuk taja? Hehehe.

Oh ya, maaf. Aku abaikan semua permintaan untuk beli itu dan ini. Aku bercuti untuk bercuti. Bukan ambil order pesanan orang.

No comments:

Post a Comment